Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, March 08, 2012

Majlis Doa Selamat & Bacaan Yaasin Sempena Pengunduran Panglima Armada Laksdya Dato’ Wira Jamil bin Osman


Setiap kali hari pertama pelayaran bagi KD MAHAWANGSA akan diadakan aktiviti kerohanian dengan mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil selepas solat jamak qasar maghrib dan isyak berjemaah di geladak kereta kebal.
           
Semasa dalam pelayaran dari Kota Kinabalu ke Kuching pada 29 Feb 12 telah diadakan majlis doa selamat bacaan yasin dan tahlil memohon Allah s.w.t memberikan kesejahteraan , ketenangan dan kebahagiaan dunia akhirat buat Panglima Armada, Yang Berbahagia Dato’ Wira Jamil bin Osman yang akan meletakkan jawatan Panglima Armada pada 1 Mac 12. Majlis ini telah dihadiri seramai 83 orang warga kapal yang tidak bertugas dan dipimpin oleh Ustaz Mohd Hairul bin Hamdan. Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan warga 1 MAHAWANGSA ke atas segala sumbang bakti Yang Berbahagia Dato’ Panglima Armada yang begitu mengambil berat tentang kebajikan warga TLDM khususnya KD MAHAWANGSA.


Majlis juga mendoakan kesejahteraan buat keluarga Yang Berbahagia Dato’ walau jauh berada dari Lumut. Jasa dan pengorbanan Yang Berbahagia Dato’ tidak akan warga KD MAHAWANGSA lupakan. Semoga Yang Berbahagia Dato’ akan lebih berjaya dan cemerlang di dunia baru yang dihijrahi nanti. Amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...