Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok yang jaraknya sejauh kira-kira 25 km dari bandar Sandakan juga
merupakan salah satu destinasi pelancongan yang turut menjadi pilihan untuk
lawatan warga kapal.
Pusat ini terdapat kira-kira
200 ekor orang utan yang kebanyakkannya masih di usia yang muda. Adalah menjadi
tanggungjawab pusat ini sebagai tempat pemulihan dan memelihara orang utan.
Orang utan yang berada di sini rata-ratanya ada yang dijumpai oleh penduduk
setempat dalam keadaan cedera, terpisah dari kawanan orang utan dan sebagainya.
Untuk memasuki tempat ini
tiket berharga RM 5 dikenakan kepada warga Malaysia manakala RM 30 terhadap
warga asing. Ada 2 sesi untuk memasuki ke sini, pertamanya pada jam 1000H dan
1500H. Di mana waktu ini adalah untuk melihat sekumpulan orang utan diberi
makan oleh petugas di sini. Disarankan kepada yang ingin melawat ke sini datang
sejam lebih awal kerana berpeluang untuk melihat tontonan video mengenai tabiat
haiwan ini dan berpeluang melawat ruang pameran yang dibuka kepada pelawat.
Untuk pengetahuan semua
terdapat sekumpulan sukarelawan dari luar negara seperti Singapura, Australia,
New Zealand dan sebagainya yang turut sama menjadi petugas sukarelawan di pusat
ini. Niat mereka ini harus dicontohi oleh rakyat Malaysia demi memastikan
haiwan ini tidak pupus supaya generasi akan datang masih boleh melihat haiwan
ini.










No comments:
Post a Comment