Terletak di hutan paya bakau
Semawang serta lebih kurang 35 km dari Bandar Sandakan, warga KD MAHAWANGSA
tidak melepaskan peluang untuk melawat tempat ini yang terkenal dengan kewujudan proboscis monkey atau juga dikenali sebagai monyet belanda.
Tempat ini yang diselia
secara persendirian dikenakan harga RM 15 seorang sebagai bayaran masuk. Dengan
keadaan hutan paya bakau yang tidak terjejas dek kemodenan, monyet belanda ini banyak berkeliaran di sini
secara bebas.
Tidak seperti Pusat
Pemulihan Orang Utan Sepilok, di sini terdapat 4 sesi makan untuk anda melihat
monyet belanda ini dengan lebih dekat. Di mana ianya dibahagikan kepada
Platform A dan B. Bagi Platform A jadualnya pada jam 0930H serta 1430H,
manakala Platform B pada jam 1130H dan 1630H. Jangan lupa untuk saksikan video
yang mengisahkan habitat monyet ini sebelum bertolak ke platform.
Walaupun monyet ini kelihatan
jinak dan ingin mendekati anda, satu sahaja amaran yang ingin diberikan. Jangan
sesekali menyentuh haiwan ini jika tiada petugas yang menemani monyet belanda
ini. Mungkin barang-barang peribadi seperti telefon dan kamera digital akan
dirampas oleh haiwan ini.
Di sini juga ada disediakan dorm bagi yang ingin bermalam di sini.
Kemudahan ini disediakan bagi memudahkan para pengunjung untuk melakukan
lawatan malam. Jika bertuah anda mungkin dapat melihat kunang-kunang, tupai
terbang, babi hutan dan pelbagai lagi haiwan serta unggas malam yang akan
menemani anda sepanjang lawatan.
Keindahan tempat ini memang
memukau mata memandang, jadi tidak rugi untuk anda menjelajah ke sini sambil
menikmati udara yang segar.
No comments:
Post a Comment