Sumber: Lt Mohd Hilmi bin Abdul Halim TLDM
Pembantu Pegawai Jurutera Marin
Pada 27 Mac 12 sekali
lagi tercatatlah sejarah bagi KD MAHAWANGSA setelah dipilih untuk menjadi duta
bagi Lawatan 5S Malaysia Productivity
Corporations (MPC) Wilayah Pantai Timur bertempat di Tanjung Gelang, Kuantan.
Seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi, penguatkuasa,
badan-badan kerajaan, swasta dan sebagainya.
Seperti
lawatan-lawatan 5S yang pernah dianjurkan sebelum ini, tujuan lawatan adalah
untuk memberi pendedahan berkenaan sistem pengurusan yang diimplementasikan di
kapal serta impak yang diperoleh daripada perlaksanaan tersebut sehingga
diiktiraf sebagai ‘The Best Damn Ship in The
Navy’ oleh pengurusan tertinggi Markas Armada kerana memiliki satu sistem
pengurusan yang efektif dan berkesan selain kejayaan mendapat keputusan yang
cemerlang dalam Operation Readiness Evaluation (ORE).
Hal ini dikuatkan lagi dengan kejayaan kapal dalam mengekalkan pensijilan ISO
9001:2008 dan OSHAS 18001:2007 dan pengiktirafan yang telah diterima khususnya
bagi beberapa siri lawatan MPC sebelum ini seperti di Sabah, Sarawak dan
terakhir bagi MPC Wilayah Utara.
Aturcara dimulakan
dengan sesi fotografi yang dikoordinasikan oleh Pegawai Persenjataan (Lt Kdr Faizal
Izwan TLDM). Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Pegawai Memerintah (Kept
Jamel TLDM), taklimat Ketua 5S (Kdr Ahmad Nazree TLDM), tayangan montaj dan
lawatan keseluruhan bahagian kapal. PM menyeru kepada seluruh organisasi yang
hadir mengambil peluang untuk melihat sendiri proses kerja serta sistem
pengurusan yang telah dilaksanakan di kapal dan mengadaptasikannya dalam
organisasi masing-masing.
Peserta lawatan
dibahagikan kepada 6 kumpulan besar. Persekitaran yang bersih, teratur dan
kompartmen yang cemerlang membuatkan pelawat terkesima dengan lawatan yang
dipersembahkan. Ahli Lembaga Pengarah MPC iaitu Tuan Hj Abdul Rahim bin Yusoff menzahirkan perkataan Excellent yang membawa maksud beliau begitu kagum dan gembira
dengan lawatan yang diadakan.
Beliau juga menyatakan bahawa kejayaan ini dapat
dicapai dengan adanya kepimpinan berkesan yang memainkan peranan yang besar di
dalam sesebuah organisasi selain semangat berpasukan yang tinggi yang
sememangnya ada di dalam diri setiap warga 1 MAHAWANGSA. Di akhir aturcara,
peserta lawatan disajikan dengan sedikit jamuan ringan yang sangat
menyelerakan.
Majlis selesai pada
jam 1410H, adalah diharapkan Lawatan 5S yang diadakan ini dapat meninggalkan
kenangan yang manis dan impak yang berkesan serta menyeluruh bagi setiap
peserta lawatan khususnya mengenai pengurusan yang diamalkan dalam organisasi
di KD MAHAWANGSA. Sedia Berkorban.













No comments:
Post a Comment