Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, March 19, 2012

Lawatan 5S di Lumut, Perak


 

LUMUT 19 Mac - Lumut menjadi destinasi ketiga di dalam rangka lawatan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk memperlihatkan KD MAHAWANGSA kepada wakil MPC Wilayah Utara. Lawatan ini adalah susulan kejayaan kapal dalam menganjurkan Lawatan 5S kepada wakil MPC di Kota Kinabalu, Sabah dan juga Kuching, Sarawak.


Lawatan ini juga turut melibatkan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta dari negeri Perak antaranya ialah Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Bandaraya Ipoh, Boustead Naval Shipyard, TNB Janamanjung dan sebagainya.

Pada ucapan pembukaan yang berlangsung di Geladak Kereta Kebal, Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA Kept Jamel bin Abd Rahman berkata, kejayaan kapal ini adalah atas kerjasama dan pengorbanan yang dilakukan oleh setiap warga kapal demi memastikan kapal mencapai tahap pencapaian seperti sekarang.


“Saya berbangga dengan apa yang telah dilakukan oleh warga kapal, walaupun sibuk dengan tugasan operasi mereka tetap bersemangat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti 5S,”kata Kept Jamel.


Antara tetamu vip yang hadir dalam Lawatan 5S ini adalah Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Abd Hadi bin A. Rashid, Ketua Pengarah MPC Dato’ Mohd Razali bin Hussain dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Tuan Zambri bin Man.


Dalam ucapan balas oleh Dato’ Razali selepas melakukan Lawatan 5S di sekeliling kapal, beliau tidak menjangka KD MAHAWANGSA dapat mengekalkan tahap Amalan 5S setelah hampir 4 bulan setelah dipersijilkan. Malah berasa kagum kerana sentiasa dikemaskinikan walaupun banyak krew kapal telah bertukar keluar. Ini menunjukkan pihak pengurusan menitik beratkan Amalan 5S ini diserapkan di minda krew kapal.


“Secara amnya KD MAHAWANGSA telah menjadi ‘penyelamat’ kepada organisasi dan jabatan kerajaan serta swasta yang lain kerana telah berjaya menunjukkan tahap Amalan 5S yang boleh dijadikan contoh serta wajar diikuti oleh organisasi yang baru dan juga telah melaksanakan Amalan 5S ini,” kata Dato’ Razali mengakhiri ucapan.


 

2 comments:

  1. Congratulations to Capt Jamel and all crew members. A very well organised visit. Keep it up mate! You are damn good at everything.

    Haji Nazari

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...