Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, March 16, 2012

Latihan Penembakan Senjata Kecil Di Laut



Pelayaran pulang ke Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) telah dipenuhi dengan pelbagai siri latihan yang telah direncanakan antaranya adalah latihan penembakan senjata kecil di laut.Tujuan utama latihan diadakan adalah untuk mempersiapkan dan meningkat tahap kecekapan warga kapal dalam mengendalikan senjata kecil yang merupakan keperluan bagi anggota tentera di samping menguji keberkesanan senjata kecil di kapal.


Warga kapal daripada pelbagai cawangan telah didedahkan dengan tatacara pengendalian senjata kecil dengan betul seperti yang  telah digariskan oleh TLDM. Melalui latihan sebegini ianya sedikit sebanyak telah mencungkil bakat warga kapal yang berkebolehan dalam bidang ini. Kesiagaan warga kapal amat diutamakan kerana ianya amat penting apabila kapal berada di saat-saat yang memerlukan.

Penembakan telah dilaksanakan di sekitar Laut China Selatan. Keadaan cuaca yang amat baik dan keadaan laut yang tenang telah menyumbang kelancaran latihan ini. Jenis latihan yang dilaksanakan adalah latihan penembakan senjata  kecil mengunakan Colt M4 A3 Carbine dan Glock 17 dengan sasaran Fig 11C/59 dan towing target.


Latihan ini jelas telah member impak yang amat mendalam disamping membina jati diri serta semangat tempur dikalangan warga kapal. Sekalung tahniah diberikan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus menyediakan persiapan latihan ini.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...