Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, March 05, 2012

Kudapan di KD SRI TIGA


Nukilan: Lt Kdr Mohd Sham Abdullah TLDM
              Pegawai Memerintah
              KD SRI TIGA


Pada 23 Feb 12 menjadi kenangan bersejarah buat warga KD SRI TIGA khasnya dan Armada Sandakan amnya. Apa tidaknya Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA (PM KD MHW) sudi meluangkan masa hampir 1 jam menikmati kudapan di Wisma Laksamana KD SRI TIGA.

Kesudian PM KD MHW mencerminkan semangat Armada yang wajar dicontohi. Sesi bergambar bersama PM KD MHW menjadi slot bersejarah. Jemputan istimewa itu turut dihadiri oleh semua PM kapal di Sandakan. Hidangan pasembor yang disajikan kepada para tetamu tentunya dibuat khas untuk meraikan kesudiann PM KD MHW berkunjung ke KD SRI TIGA.

Sesungguhnya masa keemasan bersama PM KD MHW amat bermakna dan tinggi nilainya buat semua PM kapal di Sandakan. Perkongsian tips kecemerlangan merupakan topik utama sepanjang majlis. Keikhlasan dan sikap rendah diri PM KD MHW menjadi sumber inspirasi untuk semua PM kapal di Sandakan bekerja lebih kuat menjadi lebih baik dan sentiasa positif menjadi cemerlang.



Cenderakenangan sebagai tanda penghargaan kepada PM KD MHW disampaikan tanda ikhlas dari warga Armada Sandakan. Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani Buku Pelawat. 


Kata-kata semangat PM KD MHW pastinya sentiasa terpahat dan menjadikan warga Armada Sandakan lebih kuat berpasukan.

Its our fleet. Where we go one, We go All.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...