Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, March 20, 2012

Kontinjen Markas Armada Juara Kejohanan Mini Olimpik 22/2012



Sumber: navy.mil.my

Lumut,  19 Mac –  Berbekalkan kutipan mata sebanyak 104 dan menjadi johan bagi 14 daripada 29 acara sukan lelaki yang dipertandingkan, Kontinjen Markas Armada muncul sebagai  juara Kejohanan Mini Olimpik 22/2012 yang berakhir malam tadi.

Kontinjen Markas Armada menerima Piala Pusingan KMO sumbangan Panglima Tentera Laut yang disampaikan sendiri oleh beliau. Sementara itu, Kontinjen Markas Bantuan muncul selaku juara keseluruhan bagi kategori wanita apabila memenangi 4 daripada 9 acara sukan wanita yang dipertandingkan.


Kejohanan Mini Olimpik 22/2012 yang bermula pada 5 Mac lepas, telah disempurnakan penutupannya oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar dengan kehadiran ribuan warga TLDM dan keluarga di Stadium Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Kejohanan sukan bertujuan mencungkil bakat-bakat baru sukan dalam TLDM ini, telah menyaksikan gelaran Olahragawati KMO ke 22/2012 dianugerahkan kepada Laskar Kelas 1 KOM Norazilah binti Osman dari Markas Bantuan. Beliau telah menyerlah dalam 3 acara sukan iaitu hoki, mini marathon dan olahraga. Norazilah telah memenangi 3 pingat emas bagi acara olahraga, satu emas dalam acara mini marathon serta turut memenangi pingat emas dalam acara hoki. Beliau turut berjaya memecahkan 3 rekod kejohanan dalam acara mini marathon wanita, 3000 meter lari berhalangan dan 5000 meter jalan kaki.

Sementara, Olahragawan KMO ke 22/2012 dianugerahkan kepada Laskar Kelas 1  PAP PASKAL Estino bin Tanyu dari Markas Armada. Beliau telah menyerlah dalam acara sukan renang, renang selat dan polo air. Estino telah memenangi 2 pingat emas dalam acara 400 meter rampaian individu dan 400 meter gaya bebas, pingat emas dalam acara renang selat berpasukan dan juga pingat emas dalam sukan polo air. Beliau turut memenangi pingat perak bagi acara renang 1500 meter gaya bebas.


Majlis penutup KMO 22/2012 malam tadi telah berlangsung dengan penuh meriah dan gilang gemilang. Selain dari acara akhir olahraga, turut menyerikan majlis ialah persembahan Kawad Senyap dari Pasukan Istiadat TLDM yang diiringi oleh Brass Band KD PELANDOK, Persembahan Koir dari KOSWA TLDM, Dikir dan Tarian 1 Malaysia oleh artis Tari Badan Kesenian TLDM dan anggota dari pelbagai unit TLDM. Apa yang paling menarik ialah acara itik Gembo-gembo dimana sebanyak 100 ekor itik dilepaskan di padang dan menjadi hadiah kepada para penonton yang berjaya menangkap itik-itik tersebut.


Diakhir acara, bendera Kejohanan Mini Olimpik diserahkan oleh Panglima Tentera laut kepada Panglima Bantuan selaku penganjur Kejohanan Mini Olimpik yang ke 23 pada tahun 2014 nanti.

Kedudukan kutipan mata penuh bagi KMO 22/2012 adalah seperti berikut:

 
ACARA LELAKI
SIRI
KONTINJEN
MATA
1.
KONTINJEN MARKAS ARMADA
104
2.
KONTINJEN MARKAS PENDIDIKAN DAN LATIHAN 
95
3.
KONTINJEN MARKAS BANTUAN
76
4.
KONTINJEN ARMADA
44

ACARA WANITA
SIRI
KONTINJEN
MATA
1.
KONTINJEN MARKAS BANTUAN
24
2.
KONTINJEN MARKAS PENDIDIKAN DAN LATIHAN 
20
3.
KONTINJEN MARKAS ARMADA
19



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...