Sumber: Utusan Borneo
6 Mac 12
Pengiktirafan ISO, AMa;an Persekitaran
Berkualiti 5S bukti kecemerlangan anggota
KUCHING:
Kapal Diraja (KD) Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang
mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi kapal pertama di Malaysia menerima
pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S, berhasrat untuk terus
mengekalkan pencapaian itu.
KD Mahawangsa
yang lulus cemerlang dalam audit system amalan berkenaan pada 27 Disember 2011
sebelum ini turut memperolehi pensijilan kualiti MS ISO 9001:2008 dan OHSAS
18001:2007.
Amalan
Persekitaran Berkualiti 5S adalah berdasarkan konsep budaya ‘Kaizen’ Jepun
iaitu Seiri atau Sisih, Seiton (Susun), Seito (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan
Shisuke (Sentiasa Amal).
Sijil pengiktirafan
5S itu diserahkan secara rasmi oleh Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti
Malaysia (MPC), Mohd Razali Hussain kepada Pegawai Memerintah KD Mahawangsa,
Kapten Laut Jamel Abd Rahman di kapal berkenaan pada 26 Januari lalu.
“Kita berasa
amat bangga kerana TLDM mempunyai kapal yang berfungsi cemerlang dengan
mempraktikan amalan 5S ini”, kata Jamel ketika berucp pada majlis lawatan 5S ke
kapal KD Mahawangsa di Pelabuhan Pending di sini, semalam.
Rombongan itu
disertai Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak Datuk Abang Abdul
Karim Tun Abang Openg, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak Datu Abu
Bakar Mat, Pengarah Kanan MPC Ab Rahim Yusuff dan beberapa kakitangan awam.
Jamel
berkata, dengan amalan 5S itu, setiap kerja di kapal berkenaan teratur dan
memudahkan kerja-kerja menyiapkan atau mencari barang yang diperlukan.
“ Dalam masa
30 saat sahaja, anggota kita boleh mencari peralatan dengan mudah kerana
semuanya telah dilabelkan mengikut warna tertentu,” jelasnya lagi.
Selain itu, pengiktirafan itu juga membantu anak kapal
memastikan persekitaran kapal sentiasa bersih, kemas dan baik serta menambah hasil
kerja yang lebih sistematik dengan budaya kerja professional.
“Pengiktirafan ini juga mampu melahirkan idea kreatiff dan
inovatif yang akan menjadi tanda aras kepada kapal lain dalam armada TLDM,”
ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau memberitahu, pihaknya sentiasa
mengalu-alukan orang awam untuk melawat dan melihat sendiri keadaan kapal
tersebut.
Difahamkan, kapal berkenaan kini sudah berusia lebih 30
tahun tapi masih dalam keadaan yang baik untuk kegunaan menghantar logistik.
No comments:
Post a Comment