Nukilan: Lt Kdr Mohd Sham Abdullah TLDM
Pegawai Memerintah
KD SRI TIGA
Tak kenal maka tak cinta...KD
MAHAWANGSA datang lagi, kami warga Armada Sandakan tak sabar menanti. Tak sabar
mencuri idea berprestij apatah lagi KD MAHAWANGSA kini gah digelar THE BEST
DAMN SHIP IN THE NAVY (BDSN). Setiap hari BDSN di sini digenggam erat seakan
tak sanggup dilepaskan pergi disambut baik bak menteri.

Semua Pegawai Memerintah (PM) kapal di
Sandakan yang diwakili PM KD YU, PM KD BAUNG, PM KD SRI JOHOR, PM KD SRI TIGA
dan PM KD SRI GAYA menyambut mesra BDSN. Sesunguhnya senyuman semua PM yang
hadir mengubat lelah keringat terpancar di wajah warga BDSN sepanjang pelayaran
BDSN dari PTKK ke Sandakan. Ketibaan BDSN memang dinanti. Pelbagai aktiviti menarik
dirangka teliti dan dikoordinasi rapi antaranya BDSN dibuka untuk lawatan
serentak dengan Pesta Makanan 1 Malaysia anjuran KD SRI SANDAKAN, Lawatan Warga
Armada ke BDSN, Ceramah 4 Nilai Teras, Ceramah Kesedaran Amalan 5S, Jamuan
Ringan di KD SRI TIGA, Perbincangan Komunikasi dan Majlis Koktel di BDSN.
“Sharing
is Caring...” sering terngiang-ngiang di telinga setiap warga Armada
Sandakan sehingga kini. Sesungguhnya perkongsian dan buih kata PM BDSN Kept
Jamel begitu memberikan impak positif dan mengajak warga Armada Sandakan untuk
bangkit melakukan perubahan .
![]() |
| KD SRI TIGA |
Warga Armada Sandakan amat terharu
dengan komitmen ikhlas PM BDSN yang sedikit pun tidak menolak pelawaan warga
Armada berkongsi pengalaman dan pencapaian bersama. Portal KD MAHAWANGSA seakan
menjadi sarapan kami warga Armada. Pasti ada saja bingkisan menarik yang
membuatkan kami begitu teruja menjadikan BDSN penanda aras dan inspirasi
menjadi Warga Bertaraf Dunia.







No comments:
Post a Comment