Sumber: sabahkini.net
Oleh: SHAIMON S
JUMADI
KEMUNCULAN Kapal Perang terbesar milik TLDM, KD
Mahawangsa yang didatangkan khas dari Lumut, Perak ke Pelabuhan Pangkalan
TLDM KD Sri Sandakan; sejak 4 hari lalu telah menarik perhatian
warga Sandakan.
Kapal tersebut yang berlabuh sejak Jumaat lalu dan dibuka
kepada orang ramai setiap hari penuh sesak dan tidak putus-putus 'diserang'
warga Sandakan yang ingin mengetahui kehebatan KD Mahawangsa dengan lebih dekat
lagi.
Malam tadi, satu Majlis Koktel bersama KD 1504 Mahawangsa
yang turut dihadiri beberapa orang media termasuk Sabahkini.Net dan juga orang
kenamaan, NGO, Pegawai Kanan Kerajaaan Negeri dan Persekutuan merasa gembira
kerana bukan sahaja dapat menikmati juadah yang disediakan, malah turut dihiburkan
oleh anak-anak kapal KD Mahawangsa dan tariaan kebudayaan khas daripada
kumpulan seni tari Sandakan.
Dalam kesibukan melayan para tetamu kehormat, Wartawan
Sabahkini.Net yang menjadi perhatian para pegawai TLDM sempat mengadakan sidang
media ringkas dengan Kapten Jamil Abdul Rahman berhubung kunjungan KD
Mahawangsa ke Sandakan.
“KD Mahawangsa telah dua kali datang ke Sandakan dari Lumut,
Perak untuk menghantar lojistik pangkalan di Sabah di samping melaksanakan
tugas-tugas rondaan di perairan Sabah,” kata Kapten Jamil.
Katanya lagi, KD Mahawangsa merupakan kapal perang yang
terbesar di negara ini yang berfungsi utama sebagai kapal lojistik dan kapal
pemerintah yang diperkasakan oleh 165 anggota pelbagai pangkat.
Kapten Jamil menambah, kapal yang sudah berusia 32 tahun ini
bukan sahaja bergerak dalam rondaan di perairan dalam negara, bahkan
membabitkan perairan antara bangsa untuk menyelamatkan kapal-kapal dagang di
Somalia, Indonesia, Ache dan Pakistan di samping misi tugas-tugas penghantaran
peralatan logistik pasukan misi pengamanan.
Ditanya mengenai pengalaman yang tidak boleh dilupakannya,
Kapten Jamil menjelaskan bahawa pada Oktober 2011, KD Mahawangsa pernah
menyelamatkan sebuah kapal dagang milik Malaysia yang dikenali 'MT Nautika
Johor' telah dirampas oleh sekumpulan Lanun yang bersenjata ketika belayar di
Laut Cina Selatan
“Pada masa kejadian itu, saya dan anggota-anggota yang lain
berada di Tioman telah diarah untuk mengetuai satu operasi bagi menyelamatkan
dan mengejar kapal tersebut yang berada di perairan Indonesia," kata
Kapten Jamil yang memaklumkan mereka mengambil masa hampir 6 jam untuk menawan
kembali kapal kargo bernilai RM80 juta dan kargonya (minyak sawit mentah)
bernilai RM12 juta; serta 19 orang anak kapal daripada lanun berkenaan.







This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete