Nukilan: Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM
Pegawai Memerintah
Pegawai Memerintah
KD MAHAWANGSA
Buku ini
merupakan sebuah buku lagi yang ditulis oleh penulis yang sama pernah saya ulas
sebelum ini iaitu Captain D. Michael Abrashoft bekas Pegawai Memerintah, USS
BENFOLD Tentera Laut Amerika.
Di dalam buku ini Captain Abrashoft menerangkan bagaimana seorang Pemerintah perlu memfokuskan kepada kepimpinan berkesan, meningkatkan kualiti, mengoptimumkan sumber dan memastikan tahap moral yang tinggi di setiap lapisan anggota yang dipimpinnya pada setiap masa. Keistimewaan buku ini ialah Abrashoft telah menunjukkan bagaimana teknik pengurusan dan kepimpinan di dalam tentera boleh diguna pakai di dalam mentadbir sebuah organisasi bukan tentera. Di antara tajuk-tajuk menarik di dalam buku ini ialah:
a. Buoy up your people - Inspiring everyone to do their best.
b. No more aye-aye man - Cultivating Truth-Telling.
c. All hands on deck - unifying crew.
d. Foul Weather Doesn’t
Respect Rank - Creating a climate of trust.
e. Navigate by the stars - Clarifying what it’s all about.
f. Sail close to the wind - Taking the right risks.
h. Fly your true colors-Leading by example and Getting
Results.
Buku ini
merupakan sebuah buku yang harus dibaca oleh bukan sahaja pemimpin ketenteraan
tapi melangkaui organisasi awam dan
perniagaan.
Kapal telah
menghadiahkan sebuah buku ini kepada Yang Berbahagia Panglima Armada
Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil Osman
sempena persaraan beliau dari TLDM.
Semoga beliau akan terus berjaya dan cemerlang di dalam kehidupan
sebagai seorang awam. Terima kasih atas
bimbingan, tunjuk ajar dan keperihatinan kepada armada sepanjang perkhidmatan
beliau. Semoga Allah S.W.T memberikan
rahmat serta hidayah-Nya dan memelihara Dato Wira sekeluarga, Insyallah.
Fair winds and
following seas. Bon voyage.






No comments:
Post a Comment