Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, March 07, 2012

Anugerah Bintara & Laskar Terbaik Feb 12



2 orang warga kapal telah dianugerahkan Bintara & Laskar Terbaik Bulan Feb 12 penganugerahan ini seiring dengan majlis sambutan hari lahir Feb 12.


822373 BK TNL Mokhtarrudin bin Shamsudin telah dinobatkan Bintara Terbaik Bulan Feb 12. Beliau yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah telah Memasuki Kekuatan Anggota (MKA) KD MAHAWANGSA mulai 9 Mei 11 sebagai Bintara Stor Teknikal. Telah berumah tangga dengan Puan Fadhilah binti Md Saad serta dikurniakan 2 orang cahaya mata. Di antara unit-unit yang beliau pernah berkhidmat ialah Depot Bantuan, KD JERAI, Markas Sistem Armada, RMN STA LIMA, Markas Wilayah Laut 2, Depot Bekalan Armada dan Depot Senggaraan Kenderaan.


Manakala 819799 LK BDI Wan Mohd Yusof b Wan Yusof telah dianugerahkan sebagai Laskar Terbaik Bulan Feb 12.  Beliau yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan telah MKA KD MAHAWANGSA mulai 5 Jul 10 sebagai Penyelia Rumah Masak. Telah berumah tangga dengan Puan Asmida binti Aziz serta dikurniakan 3 orang cahaya mata. Beliau pernah berkhidmat di KD JERAI, Wisma Suria, KD HANG TUAH, KD SULTAN ISMAIL, MV FAJAR SAMUDERA dan 96 HAT Lumut.

Kedua-dua pemenang anugerah juga diberi peluang untuk berucap secara spontan di hadapan seluruh warga kapal. Inisiatif ini diilhamkan oleh Pegawai Memerintah ketika majlis berlangsung, ini untuk melihat kredibiliti pemenang berucap tanpa menggunakan sebarang teks. Nyata BK TNL Mokhtarudin dan LK BDI Wan memenuhi kriteria yang diperlukan kerana mampu berucap secara spontan.


Dalam ucapan LK BDI Wan, beliau meluahkan isi hati yang luluh serta ikhlas terhadap kapal. Ucapan bersahaja beliau berjaya menyentuh hati dan perasaan warga kapal kerana memfokuskan tentang semangat setiakawan dan keikhlasan dalam bekerja.

Pegawai Memerintah, Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM, berkata saya berasa kagum dan terharu dengan semangat warga 1MAHAWANGSA yang ditunjukkan. Inilah unit pertama yang saya lihat sikap keperibadian yang tinggi dalam setiap diri warga kapal, baik pegawai mahupun anggota Lain-lain Pangkat (LLP).

“Walaupun kita penat bekerja untuk memenuhi segala aktiviti yang dirancang ataupun tidak, tetapi semangat keikhlasan dan kerjasama yang ditunjukkan dalam setiap diri warga kapal memang jarang dijumpai di unit lain. Saya berharap semangat sebegini kekal di jiwa masing-masing jika anda berada di unit yang lain, ini supaya hasrat untuk mencapai kriteria Navy People yang boleh membawa TLDM ke tahap World Class Navy terlaksana”, katanya dalam keadaan sebak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...