Sumber: Utusan Sarawak
6 Mac 12
Kuching,
Isnin – Organisasi yang boleh mengamalkan amalan 5S boleh mencipta satu
transformasi baru yang efektif dan berkesan dalam sistem pengurusan kerana ia
secara tidak langsung membantu meningkatkan kualiti dan daya produktiviti dalam
negara.
Pegawai
Pemerintah Kapal Diraja (KD) Mahawangsa, Kapten Jamel Abdul Rahman berkata,
perlaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S khususnya dalam sektor awam dan
swasta mampu mentransformasikan negara ke arah kecemerlangan.
“Amalan
5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal merupakan elemen-elemen
yang penting dalam memastikan persekitaran tempat kerja yang lebih cekap dan
efisyen dapat memudahkan kerja atau perkhidmatan yang diberikan,” katanya.
Beliau
menambah, amalan 5S juga akan memberikan banyak faedah dan kebaikan seperti
memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa bersih, kemas dan berada dalam
persekitaran terbaik serta dapat membantu dalam penjimatan masa, kos, kerja
lebih sistematik dan budaya kerja berprofesional.
Kepten
jamel sangat yakin dengan adanya usaha yang berterusan, serta komitmen yang
tinggi oleh pengamal-pengamal 5S di sesebuah organisasi, ia mampu
mempertingkatkan produktiviti sekiranya berada dalam susasana dan keadaaan
tempat kerja yang kondusif serta selesa.
Beliau
berkata demikian dalam satu rangka lawatan 5S Presiden Dewan Perdagangan dan
Industri Sarawak, Datuk Abang Haji Abdul Karim Tun Abang Haji Openg Ke Kapal
Diraja (KD) Mahawangsa, yang juga kapal terbesar dalam aset Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) di Pelabuhan Pending, hari ini. Hadir sama, Datu Abu Bakar Mat,
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Hj Ab Rahim Yusuff, Pengarah Kanan Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC), dan wakil-wakil sektor awam dan swasta negeri dalam
menghayati transformasi yang telah dijalankan oleh KD Mahawangsa melalui
perlaksanaan 5S.
Sementara
itu, Datuk Abang Haji Abdul Karim Tun Abang Haji Openg berkata, semua sektor
awam dan swasta di Sarawak disarankan untuk melaksanakan amalan 5S dalam sistem
pentadbiran, pengurusan, pekerjaan dan sebagainya.
Saranan
ini penting dalam membentuk persekitaran kerja yang selesa dan berkesan untuk
mencapai tahap atau standard kualiti seperti yang dijalankan oleh KD Mahawangsa
yang komited dan sentiasa bersabar dalam menjalankan sebarang tugasan.
Hal
ini juga diakui oleh beliau melalui pemerhatiannya dalam lawatan ini seperti
semangat kerjasama dan setiakawan yang ditunjukan oleh 150 anggota TLDM dalam
KD Mahawangsa.
Pengiktirafan
amalan 5S telah diberikan kepada KD Mahawangsa oleh MPC Januari lalu dan mampu
melahirkan idea yang kreatif dan inovatif yang akan menjadi penanda aras kepada
kapal-kapal lain dalam armada TLDM.
KD
Mahawangsa juga menjadi kapal pertama di Malaysia yang menerima pensijilan 5S dari
MPC selain dari mendapat kejayaan dalam memperolehi pensijilan kualiti MS ISO
9001 : 2008 dan OHSAS 18001 : 2007.






No comments:
Post a Comment