Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, March 29, 2012

Amalan 5S KD Mahawangsa dikagumi agensi kerajaan, swasta




KUCHING 6 Mac - Kejayaan KD Mahawangsa mendapat pengiktirafan cemerlang audit Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dikagumi pelbagai agensi kerajaan dan swasta sehingga ada yang ingin menjadikan kapal logistik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sebagai model untuk dicontohi.

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Hamsiah Abdullah Masniberkata, meskipun ada banyak lagi agensi lain yang memperoleh sijil Amalan 5S, pelaksanaannya di KD Mahawangsa menarik perhatian beliau kerana dilihat hampir sempurna.

"Saya kagum dengan kesungguhan dan disiplin kakitangan kapal yang telah menjadikan 5S sebagai amalan seharian mereka.

"Lawatan ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk saya laksanakan di kampus nanti," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada sesi lawatan kerja ke KD Mahawangsa oleh agensi kerajaan dan swasta negeri ini di sini hari ini.

Pengurus Cawangan ABX Express Kuching Sdn. Bhd., Roland Mason pula berpendapat, kecemerlangan pelaksanaan amalan 5S di KD Mahawangsa membuktikan bahawa kapal tersebut memiliki pengurusan yang cekap.

"Kapal ini boleh dijadikan rujukan terbaik kepada organisasi dalam melaksanakan Amalan 5S," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kapten Jamel Abd. Rahman berkata, Amalan 5S amat berbaloi dilaksanakan kerana berjaya mewujudkan suasana kerja yang lebih sistematik serta profesional.

"Cabaran melaksanakannya akan menjadi lebih mudah jika mendapat kerjasama setiap warga kapal tanpa mengira hierarki pangkat," katanya.

Lawatan tersebut turut disertai Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Sarawak (SCCI), Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Datuk Abu Bakar Mat.

KD Mahawangsa yang juga kapal logistik terbesar TLDM mencatat sejarah sebagai kapal pertama di negara ini yang mendapat sijil Amalan 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Januari lalu.

Selain lulus cemerlang audit sistem amalan, kapal itu turut memperoleh pensijilan kualiti MS ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...