Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, March 31, 2012

Perlawanan Hoki Geladak


Sumber: Lt Abdul Azim bin Abd Azis TLDM
                Timbalan Pegawai Navigasi


Selain melaksanakan tugas utama sebagai anggota tentera, warga kapal turut mengadakan aktiviti sukan semasa kapal di dalam pelayaran. Antara sukan yang dijalankan ialah sukan hoki geladak. Hoki geladak merupakan salah satu sukan yang unik yang hanya dimainkan oleh anggota TLDM.

Hoki Geladak adalah sebuah permainan yang menyerupai sukan hoki namun ianya dilakukan di atas dek kapal dan menggunakan stick yang diperbuat daripada rotan. Bola yang digunakan juga berbeza dengan bola hoki yang sebenar. Bola yang telah digunakan dipanggil Puck dan berbentuk seperti Donut.


Pada tanggal 25 Mac 12, sukan hoki geladak antara mes telah diadakan. Antara mes-mes yang terlibat di dalam pertandingan ini ialah Mes Pegawai, Mes Bintara, Mes Laskar Kanan, Mes Kelasi, Mes Bekalan dan Mes Campuran. Perlawanan telah diadakan di Geladak Penerbangan pada jam 1700H.

Perlawanan pertama ialah antara Mes Pegawai bertemu dengan Mes Campuran. Perlawanan berlangsung dengan penuh debaran. Keputusan berakhir dengan jaringan mata 3-2 dan berpihak kepada Mess Pegawai apabila Pegawai Laksana telah berjaya menjaringkan gol kemenangan di saat akhir perlawanan.


Seterusnya, perlawanan kedua berlangsung antara Mes Kelasi bertemu Mes Bekalan. Ternyata Mes Bekalan bukan lawan Mes Kelasi kerana telah dikalahkan dengan jaringan 4 -0.

Disebabkan kesuntukkan masa, perlawanan yang seterusnya akan bersambung pada pelayaran yang berikutnya.

Friday, March 30, 2012

Kunjungan Pegawai Kanan Dari MAWILLA 1





Thursday, March 29, 2012

Amalan 5S KD Mahawangsa dikagumi agensi kerajaan, swasta




KUCHING 6 Mac - Kejayaan KD Mahawangsa mendapat pengiktirafan cemerlang audit Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dikagumi pelbagai agensi kerajaan dan swasta sehingga ada yang ingin menjadikan kapal logistik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sebagai model untuk dicontohi.

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Hamsiah Abdullah Masniberkata, meskipun ada banyak lagi agensi lain yang memperoleh sijil Amalan 5S, pelaksanaannya di KD Mahawangsa menarik perhatian beliau kerana dilihat hampir sempurna.

"Saya kagum dengan kesungguhan dan disiplin kakitangan kapal yang telah menjadikan 5S sebagai amalan seharian mereka.

"Lawatan ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk saya laksanakan di kampus nanti," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada sesi lawatan kerja ke KD Mahawangsa oleh agensi kerajaan dan swasta negeri ini di sini hari ini.

Pengurus Cawangan ABX Express Kuching Sdn. Bhd., Roland Mason pula berpendapat, kecemerlangan pelaksanaan amalan 5S di KD Mahawangsa membuktikan bahawa kapal tersebut memiliki pengurusan yang cekap.

"Kapal ini boleh dijadikan rujukan terbaik kepada organisasi dalam melaksanakan Amalan 5S," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kapten Jamel Abd. Rahman berkata, Amalan 5S amat berbaloi dilaksanakan kerana berjaya mewujudkan suasana kerja yang lebih sistematik serta profesional.

"Cabaran melaksanakannya akan menjadi lebih mudah jika mendapat kerjasama setiap warga kapal tanpa mengira hierarki pangkat," katanya.

Lawatan tersebut turut disertai Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Sarawak (SCCI), Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri, Datuk Abu Bakar Mat.

KD Mahawangsa yang juga kapal logistik terbesar TLDM mencatat sejarah sebagai kapal pertama di negara ini yang mendapat sijil Amalan 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Januari lalu.

Selain lulus cemerlang audit sistem amalan, kapal itu turut memperoleh pensijilan kualiti MS ISO 9001:2008 dan OHSAS 18001:2007.

‘PEGAWAI TUA’


Sumber: Lt Mohd Safwan bin Rashid TLDM
            Timbalan Pegawai Peperangan Elektronik


Tanggal 24 Mac 12, Pegawai Memerintah telah berbesar hati dengan mengundang 3 ‘Pegawai Lama’ yang bakal keluar setelah hampir 3 tahun berkhidmat di unit ini.

Ketibaan Lt Mohd Safwan bin Rashid TLDM, Lt Abdul Azim bin Abd Azis TLDM dan Lt Muhammad Nashrulshah bin Norasmi TLDM yang bertempat di Kamar Laksamana disambut oleh Pegawai Memerintah dengan senyuman.

Seperti kebiasaannya, bagi pegawai yang akan bertukar keluar, jamuan makan akan dibuat sebagai inisiatif Pegawai Memerintah sendiri untuk beramah mesra bagi menghargai jasa dan sumbangan bakti yang diberikan sepanjang berkhidmat di unit ini. Ini juga merupakan simbolik kepada mana-mana pegawai yang bakal bertukar keluar untuk bersama-sama duduk berbincang bagi mendapatkan input dan impak yang diperolehi hasil daripada sistem pengurusan yang telah diimplementasikan di kapal.


Harapan beliau kepada pegawai-pegawai tersebut, semoga apa yang dipelajari dan diamalkan di unit ini dapat diimplementasikan di unit baru kelak. Beliau juga berharap semoga pegawai-pegawai ini dapat mengorak langkah untuk terus maju ke hadapan bagi menjadi seorang pegawai TLDM yang berinovasi, kreatif dan berkualiti pada masa akan datang. Sedia Berkorban.

Wednesday, March 28, 2012

TAHNIAH KD MAHAWANGSA !!!

Sumber: http://askarsetia.blogspot.com


Semalam, seorang sahabat saya yang merupakan seorang pegawai TLDM telah menunaikan janjinya untuk menghadiahkan topi KD Mahawangsa. Bangga saya memakainya. Pengalaman saya untuk dapat turut serta bersama-sama menaiki kapal tersebut pada Julai 2011 merupakan satu pengalaman manis yang saya tidak akan lupakan.

Walaupun TLDM kini 'dihujani' dengan pelbagai kritikan, sendaan dan tuduhan oleh 'hero serba tahu' (saya maksudkan orang-orang politik dan pembaca alam siber yang tidak habis-habis menyebarkan komen dan rumor), namun TLDM dan KD Mahawangsa terus mengekalkan kecemerlangan didalam perkhidmatan. pengalaman sendiri menaik kapal tersebut telah cukup membuka mata semua orang! KD MAHAWANGSA mampu bergerak dengan kelajuan 16.5 knot dilengkapi dengan persenjataan berat, radar dan keupayaan kargo dalam jumlah yang besar. Kelengkapan dan persekitaran kapal yang dijaga rapi, pegawai dan krew kapal yang peramah dan kejayaannya dalam menyertai pelbagai misi dalam dan luar negara menjadikan kapal tersebut layak dinobatkan sebagai THE BEST DAMN SHIP IN THE NAVY...

Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus kekal sebagai yang terbaik di kalangan terbaik apabila dianugerahkan pensijilan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Penganugerahan tersebut mencatat sejarah tersendiri apabila KD Mahawangsa menjadi kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan pensijilan itu.

Tahniah KD Mahawangsa!

Pegawai Memerintah KD Mahawangsa TLDM, Kepten Jamel Abdul Rahman berkata, kapal yang berusia hampir 30 tahun itu kini lebih baik menerusi pelbagai perubahan dan penambahbaikan. “Semuanya menumpukan tentang keberkesanan dan kecekapan operasi KD Mahawangsa dengan mengutamakan aspek keselamatan. “Ia diperkukuhkan lagi menerusi kerja sepasukan yang penuh komited dan moral anggota yang tinggi,”.

Pensijilan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC, Mohd Razali Hussain kepada Jamel Abdul Rahman di atas kapal KD Mahawangsa di Pangkalan TLDM di Lumut pada Khamis. Pensijilan ‘5 S’ merupakan sistem amalan persekitaran berkualiti iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.

Tuesday, March 27, 2012

Lawatan 5S di Tanjung Gelang, Kuantan


Sumber: Lt Mohd Hilmi bin Abdul Halim TLDM
                Pembantu Pegawai Jurutera Marin


Pada 27 Mac 12 sekali lagi tercatatlah sejarah bagi KD MAHAWANGSA setelah dipilih untuk menjadi duta bagi Lawatan 5S Malaysia Productivity Corporations (MPC) Wilayah Pantai Timur bertempat di Tanjung Gelang, Kuantan. Seramai 170 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi, penguatkuasa, badan-badan kerajaan, swasta dan sebagainya.


Seperti lawatan-lawatan 5S yang pernah dianjurkan sebelum ini, tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan sistem pengurusan yang diimplementasikan di kapal serta impak yang diperoleh daripada perlaksanaan tersebut sehingga diiktiraf sebagai ‘The Best Damn Ship in The Navy’ oleh pengurusan tertinggi Markas Armada kerana memiliki satu sistem pengurusan yang efektif dan berkesan selain kejayaan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Operation Readiness Evaluation (ORE). 


Hal ini dikuatkan lagi dengan kejayaan kapal dalam mengekalkan pensijilan ISO 9001:2008 dan OSHAS 18001:2007 dan pengiktirafan yang telah diterima khususnya bagi beberapa siri lawatan MPC sebelum ini seperti di Sabah, Sarawak dan terakhir bagi MPC Wilayah Utara.


Aturcara dimulakan dengan sesi fotografi yang dikoordinasikan oleh Pegawai Persenjataan (Lt Kdr Faizal Izwan TLDM). Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Pegawai Memerintah (Kept Jamel TLDM), taklimat Ketua 5S (Kdr Ahmad Nazree TLDM), tayangan montaj dan lawatan keseluruhan bahagian kapal. PM menyeru kepada seluruh organisasi yang hadir mengambil peluang untuk melihat sendiri proses kerja serta sistem pengurusan yang telah dilaksanakan di kapal dan mengadaptasikannya dalam organisasi masing-masing.


Peserta lawatan dibahagikan kepada 6 kumpulan besar. Persekitaran yang bersih, teratur dan kompartmen yang cemerlang membuatkan pelawat terkesima dengan lawatan yang dipersembahkan. Ahli Lembaga Pengarah MPC iaitu Tuan Hj Abdul Rahim bin Yusoff  menzahirkan perkataan Excellent yang membawa maksud beliau begitu kagum dan gembira dengan lawatan yang diadakan. 


Beliau juga menyatakan bahawa kejayaan ini dapat dicapai dengan adanya kepimpinan berkesan yang memainkan peranan yang besar di dalam sesebuah organisasi selain semangat berpasukan yang tinggi yang sememangnya ada di dalam diri setiap warga 1 MAHAWANGSA. Di akhir aturcara, peserta lawatan disajikan dengan sedikit jamuan ringan yang sangat menyelerakan.


Majlis selesai pada jam 1410H, adalah diharapkan Lawatan 5S yang diadakan ini dapat meninggalkan kenangan yang manis dan impak yang berkesan serta menyeluruh bagi setiap peserta lawatan khususnya mengenai pengurusan yang diamalkan dalam organisasi di KD MAHAWANGSA. Sedia Berkorban.

PENGIKTIRAFAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S: KD MAHAWANGSA LAKAR SEJARAH




Lumut, 26 Jan – Kapal Diraja (KD) MAHAWANGSA melakar sejarah tersendiri dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila menjadi kapal pertama yang dipersijilkan dengan Persijilan 5S, Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti. Lebih manis lagi, pencapaian ini merupakan pengiktirafan yang buat julung kali diberikan kepada sebuah kapal di negara Malaysia.

Majlis penyampaian Sijil Pengiktirafan 5S kepada KD MAHAWANGSA telah berlangsung di Geladak Kereta Kebal kapal kira-kira jam 10 pagi. Penyampaian sijil kepada Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kepten Jamel bin Abdul Rahman TLDM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Tuan Haji Mohd Razali Hussain dengan disaksikan oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Haji Osman. Turut hadir menyaksikan majlis yang bersejarah ini ialah Panglima Sistem, Laksamana Muda Dato’ Haji Khairuddin bin Khalid, Pegawai-pegawai Kanan TLDM di Lumut serta pegawai dan warga KD MAHAWANGSA.

Dalam ucapan Panglima Armada sewaktu majlis berlangsung pagi tadi, beliau menyatakan bahawa pengiktirafan yang dicapai oleh KD MAHAWANGSA membuktikan tiada perkara yang mustahil untuk diraih dan beliau secara peribadi melahirkan rasa bangga di atas semangat serta kesungguhan warga KD MAHAWANGSA untuk memajukan diri dan organisasi dalam aspek peningkatan budaya kerja serta inovasi. KD MAHAWANGSA meraih sijil pengiktirafan sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S setelah lulus cemerlang dalam audit persijilan ini pada 27 Dis 2011 yang lalu.

Terdahulu daripada itu dalam majlis pagi tadi, Panglima Armada telah menyempurnakan upacara serah menyerah tugas 5 Pegawai Memerintah unit di bawah naungan Markas Armada iaitu Pegawai Memerintah KD PANGLIMA HITAM, Skuadron 501, Skuadron 502, KD LEKIR, KD HANG TUAH dan Pelantikan Komander Markas PASKAL.

Monday, March 26, 2012

KD Mahawangsa: Pride of the navy




KUC H I N G : T h e R oy a l Malaysian Navy supply ship KD Mahawangsa has become the first navy ship to implement the 5-S practice since last January to make the crew more effective and ensure higher productivity.

KD Mahawangsa arrived at Pending Port where it impressed visitors including Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg, President of the Sarawak Chamber of Commerce and Industry.

“We have proven that the 5- S practice makes us effective,” said Captain Jamel Abdul Rahman.

He said that the effectiveness of the ship’s system will further assist to clean the environment, cut cost and encourage professionalism.

The ship had been dispatched to aid Afghan refugees in 2001 and send humanitarian supplies to the Indian Ocean earthquake victims in 2004.

KD Mahawangsa was also part of peacekeeping forces for Operation Astute during the 2006 East Timor crisis.

Apart from carrying out humanitarian missions, it participated in naval exercise in Thailand.

Apart from achieving 5-S certification from the Malaysia Productivity Corporation (MPC), the ship also gained a reputation for efficiency by obtaining the certificate of quality MS ISO 9001:2008 and OHSAS 18001:2007

Sunday, March 25, 2012

Mission proves navy can deal with emergencies





LUMUT: Not a single shot was fired, there was no casualty and no loss of the precious RM12 million worth of cargo during the recent rescue mission mounted by four Royal Malaysian Navy ships.

The ships -- KD Mahawangsa, KD Lekiu, KD Jebat and KD Kelantan -- embarked on a dangerous mission to rescue MT Nautica Johor Bahru, a Malaysian vessel, which was hijacked by pirates in the Straits of Singapore, near Pedra Branca, in the wee hours of Oct 27.
The Nautica Johor Bahru was carrying oil and gas from Malacca to Sibu.

KD Mahawangsa commanding officer Capt Jamel Abd Rahman, 48, said they were initially on a joint five- nation naval exercise about 60 nautical miles north of Tioman Island when the order for a live mission came in at 3pm that day.

The joint exercise, involving Singapore, New Zealand, Australia and the United Kingdom, began on Oct 14.

Jamel said his ship was chosen to lead the mission and aided by two Super Lynx navy helicopters.

"There were some tense moments when we were tracking and shadowing the hijacked vessel but our crew kept their cool and ensured that maximum pressure was put on the pirates to abandon the ship.

"The pirates sailed into the Indonesian waters, thinking that we would give up the pursuit but the quick action on the part of the National Security Council resulted in the Indonesian authorities granting us access to pursue the hijacked vessel into our neighbouring waters," he said.

At 9.10pm, the drama ended when the crew of Nautica Johor Bahru contacted the navy at 9.10pm that the pirates had left the ship with their laptops, handphones and cash.

"Our tactical team was already on standby to take over the hijacked ship if necessary but was told to stand down when the pirates left the ship on a speed boat without being sighted.

"The mission proved that the Malaysian navy is equipped to carry out emergency tasks without breaking much sweat," he said.

On Friday, the ships and the helicopters safely returned to the naval base here in time to celebrate the Hari Raya Aidiladha.

As for Jamel, he was looking forward to a well-deserved break and celebrate the festival with his family.

At hand to receive them were RMN's fleet commander Datuk Wira Jamil Osman and Nautica Johor Bahru's owner Datuk Abdul Hak Md Amin.

Saturday, March 24, 2012

Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Formasi Markas Armada

Sumber: www.navy.mil.my



Lumut - Pada 20 Mac 2012 bertempat di Serambi Markas Armada Pangkalan TLDM Lumut telah berlangsung upacara pemakaian pangkat Pegawai bagi Formasi Markas Armada.  


Upacara penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Armada, Laksamana Pertama Datuk Khairul Anuar Bin Yahya  dengan kehadiran pasangan pegawai yang dinaikkan pangkat, dan Pegawai-pegawai dari Formasi Markas Armada.

 
Upacara penuh bersejarah ini telah menyaksikan seramai empat orang pegawai dinaikkan pangkat dari Leftenan Komander ke Komander mulai 1 Mac 12 dan sembilan orang dari Leftenan ke Leftenan Komander mulai 1 Feb 12 iaitu:

Leftenan Komander ke Komander mulai 1 Mac 2012
 a.Lt Kdr Khairul Ayzan Bin Taib TLDM N/402667
b.Lt Kdr Mohamad Zamri Bin Ismail TLDM N/402681
c.Lt Kdr Abu Hasan Bin AB Latif TLDM N/402800
d.Lt Kdr Mas Yuri Bin Yusoff TLDM N/403565

 Leftenan ke Leftenan Komander mulai 1 Feb 2012
 a.Lt Fairos Bin mohd Kasah TLDM N/403544.
b.Lt Errudin Bin Bujang TLDM N/403621
c.Lt Shaibatul Hamdi Bin Ismail TLDM N/403686
d.Lt Khairul Anuar Bin Abd Rashid TLDM N/404298
e.Lt Ahmad Sazili Bin Abdul Talib TLDM N/404302
f.Lt Hazrizy Bin Ramli TLDM N/403746
g.Lt Mohd Faizal Izwan bin Zainon TLDM N/403769
h.Lt Mohd Fais Bin idris TLDM N/403792
i.Lt Ahmad Fauzi Bin Ahmad Bakti TLDM N/403848
j.Lt Ahmad Shahir Bin Hasnan TLDM N/403964
k.Lt Mohd Shafrin Bin Shafie TLDM N/403969

Majlis yang berlangsung pada jam 12 tengahari tadi berakhir pada jam 12 setengah tengahari dengan jamuan makan di Serambi Markas.

* Bagi pihak kapal dan warga 1MAHAWANGSA, sekalung tahniah diucapkan kepada Lt Kdr Mohd Faizal Izwan bin Zainon TLDM (Pegawai Persenjataan) di atas pemakaian pangkat beliau.

Friday, March 23, 2012

Perbincangan Komunikasi

Sumber: PW I KOM (I) Noor Azman b. Hj. Nordin
            Yeoman Komunikasi

22 feb 12 Jam 0830H - Di atas inisiatif dan keperihatinan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, satu perbincangan komunikasi telah diadakan di Auditorium KD SRI SANDAKAN di antara anggota-anggota cawangan KOM dan TLR kapal-kapal di KD SRI SANDAKAN.
 

Tujuan perbincangan ini adalah bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi bagi menambahbaik proses komunikasi antara kapal-kapal terlibat.


Turut terlibat dalam perbincangan ini ialah wakil dari KD MAHAWANGSA PW I KOM (I) Noor Azman b. Hj. Nordin, PW I KOM (I) Othman b. Md Saad dari KD SRI SANDAKAN dan PW I KOM KOM Khairi bin Jaafar dari KPTLDM.

Thursday, March 22, 2012

Lawatan Ke Wisma Bintara Sandakan

Sumber: PW I KOM (I) Noor Azman b. Hj. Nordin
             Yeoman Komunikasi



           
24 Feb 12 jam 1030H – Satu kunjungan muhibah telah dilakukan oleh AJK Wisma Bintara KD MAHAWANGA yang melibatkan YDP Wisma - PW I KOM (I) Noor Azman b. Hj. Nordin, Timbalan YDP BK TNL Mokhtarrudin bin Shamsudin, Juragan PW I JTP (JGN) Hisyam bin Mat Rus dan beberapa AJK ke atas Wisma Bintara KD SRI SANDAKAN.


Objektif kunjungan ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Kunjungan telah disambut oleh YDP Wisma Bintara KD SRI SANDAKAN, PW II TMS Zulkifli Mohamad b. Awang dan beberapa ahli terlibat.





Wednesday, March 21, 2012

Ulangtahun Ke-21 Pengambilan 164/91

 Sumber: PW I KOM (I) Noor Azman b. Hj. Nordin
              Yeoman Komunikasi


9 Jan 12 Jam 1030H – Satu majlis meraikan ulangtahun ke-21 Pengambilan 164/91 yang genap berkhidmat di dalam TLDM selama 21 tahun pada 7 jan 12 yang lepas telah diadakan di Wisma Bintara KD MAHAWANGSA.


Bintara yang terlibat adalah PW I KOM (I) Noor Azman b. Hj. Nordin, PW I JTP (JGN) Hisham b. Mat Rus, PW II PNK (KNG) Maarof b. Ujang dan BK TMK Roszaini bin Ibrahim.  Majlis ini telah dihadiri oleh ke semua ahli-ahli Wisma Bintara yang lain.

Tuesday, March 20, 2012

Kontinjen Markas Armada Juara Kejohanan Mini Olimpik 22/2012



Sumber: navy.mil.my

Lumut,  19 Mac –  Berbekalkan kutipan mata sebanyak 104 dan menjadi johan bagi 14 daripada 29 acara sukan lelaki yang dipertandingkan, Kontinjen Markas Armada muncul sebagai  juara Kejohanan Mini Olimpik 22/2012 yang berakhir malam tadi.

Kontinjen Markas Armada menerima Piala Pusingan KMO sumbangan Panglima Tentera Laut yang disampaikan sendiri oleh beliau. Sementara itu, Kontinjen Markas Bantuan muncul selaku juara keseluruhan bagi kategori wanita apabila memenangi 4 daripada 9 acara sukan wanita yang dipertandingkan.


Kejohanan Mini Olimpik 22/2012 yang bermula pada 5 Mac lepas, telah disempurnakan penutupannya oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar dengan kehadiran ribuan warga TLDM dan keluarga di Stadium Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Kejohanan sukan bertujuan mencungkil bakat-bakat baru sukan dalam TLDM ini, telah menyaksikan gelaran Olahragawati KMO ke 22/2012 dianugerahkan kepada Laskar Kelas 1 KOM Norazilah binti Osman dari Markas Bantuan. Beliau telah menyerlah dalam 3 acara sukan iaitu hoki, mini marathon dan olahraga. Norazilah telah memenangi 3 pingat emas bagi acara olahraga, satu emas dalam acara mini marathon serta turut memenangi pingat emas dalam acara hoki. Beliau turut berjaya memecahkan 3 rekod kejohanan dalam acara mini marathon wanita, 3000 meter lari berhalangan dan 5000 meter jalan kaki.

Sementara, Olahragawan KMO ke 22/2012 dianugerahkan kepada Laskar Kelas 1  PAP PASKAL Estino bin Tanyu dari Markas Armada. Beliau telah menyerlah dalam acara sukan renang, renang selat dan polo air. Estino telah memenangi 2 pingat emas dalam acara 400 meter rampaian individu dan 400 meter gaya bebas, pingat emas dalam acara renang selat berpasukan dan juga pingat emas dalam sukan polo air. Beliau turut memenangi pingat perak bagi acara renang 1500 meter gaya bebas.


Majlis penutup KMO 22/2012 malam tadi telah berlangsung dengan penuh meriah dan gilang gemilang. Selain dari acara akhir olahraga, turut menyerikan majlis ialah persembahan Kawad Senyap dari Pasukan Istiadat TLDM yang diiringi oleh Brass Band KD PELANDOK, Persembahan Koir dari KOSWA TLDM, Dikir dan Tarian 1 Malaysia oleh artis Tari Badan Kesenian TLDM dan anggota dari pelbagai unit TLDM. Apa yang paling menarik ialah acara itik Gembo-gembo dimana sebanyak 100 ekor itik dilepaskan di padang dan menjadi hadiah kepada para penonton yang berjaya menangkap itik-itik tersebut.


Diakhir acara, bendera Kejohanan Mini Olimpik diserahkan oleh Panglima Tentera laut kepada Panglima Bantuan selaku penganjur Kejohanan Mini Olimpik yang ke 23 pada tahun 2014 nanti.

Kedudukan kutipan mata penuh bagi KMO 22/2012 adalah seperti berikut:

 
ACARA LELAKI
SIRI
KONTINJEN
MATA
1.
KONTINJEN MARKAS ARMADA
104
2.
KONTINJEN MARKAS PENDIDIKAN DAN LATIHAN 
95
3.
KONTINJEN MARKAS BANTUAN
76
4.
KONTINJEN ARMADA
44

ACARA WANITA
SIRI
KONTINJEN
MATA
1.
KONTINJEN MARKAS BANTUAN
24
2.
KONTINJEN MARKAS PENDIDIKAN DAN LATIHAN 
20
3.
KONTINJEN MARKAS ARMADA
19



Senarai Peserta Lawatan 5S Lumut, Perak

Berikut adalah senarai pelawat yang telah melawat ke kapal sempena Lawatan 5S pada 19 Mac 12 yang lalu:

SENARAI VIP
Bil
Nama
Jawatan
Organisasi
1.
Y.Bhg. Dato’ Mohd Razali Hussain
Ketua Pengarah MPC
MPC
2.
Tuan Zamri bin Man
Yang Di Pertua Majlis Daerah Manjung
Majlis Daerah Manjung
3.
Tn Hj Mohammad Nazari Hj Abd Hamid
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
4.
Sarimah Misman
Pengarah Wilayah
MPC
5.
Roseleena Hashim
Pengurus
MPC
6.
IR Hasmi Mat
Jurutera Daerah
Jab. Pengairan & Saliran Perak Tengah
SENARAI PESERTA

Bil
Nama
Jawatan
Organisasi
7.
Mohd Hisyam Hatimtai
Peg. Perunding Kanan
MPC
8.
Cik Salmah Ibrahim
Peg. Tadbir
Majlis Bandaraya Ipoh
9.
Pn Norismawati Ismail
Pen. Peg. Tadbir
Majlis Bandaraya Ipoh
10.
En Ariff Mohd Zanudin
Jurutera
Majlis Bandaraya Ipoh
11.
En Ahmad Zaiyadi Sudin
Peg. Penguatkuasa
Majlis Bandaraya Ipoh
12.
Pn Norsiha Ahmad Dzhrabi
Pemb Tadbir Kanan
Majlis Bandaraya Ipoh
13.
Pn Nursharina Sharon
Pen Peg Sist Maklumat
Majlis Bandaraya Ipoh
14.
En Loo Fang Lan
Jurutera Utama
TNB Janamanjung
15.
En Muhamad Fuad Ashaari
Pengurus Kormersil
TNB Janamanjung
16.
Ms. Phoebe Rajendran
Jurutera
TNB Janamanjung
17.
Ahmad Muslim Abdullah
Jurutera
TNB Janamanjung
18.
Ahmad Jamili Abd Karim
Ketua Kerani
TNB Janamanjung
19.
Hj Che Ab Rahim Mahmood
Ketua Jabatan
Institut Kemahiran Mara Lumut
20.
Hj Johari Hamzah
Ketua Program
Institut Kemahiran Mara Lumut
21.
En Norsid Musa
Ketua Program
Institut Kemahiran Mara Lumut
22.
En Ab Aziz Abdullah
Ketua Jabatan
Institut Kemahiran Mara Lumut
23.
En Hanafi Ab Halim
Ketua Jabatan
Institut Kemahiran Mara Lumut
24.
En Fafees Hashim
Penolong Pegawai
Majlis Perbandaran Manjung
25.
Pn Hajar Shaari
Penolong Pegawai
Majlis Perbandaran Manjung
26.
En Meor Syhrizan Sha
Pegawai
Majlis Perbandaran Manjung
27.
En Mohd Sharil Salihan
Penolong Pegawai
Majlis Perbandaran Manjung
28.
Pn Norsyikin Mohamed Noor
Pembantu Tadbir
Majlis Perbandaran Manjung
29.
Puan Syuhaida Che Sharom
Eksekutif
Boustead Naval Shipyard
30.
Cik Nur Azriyani Mohd Ahzaan
Eksekutif
Boustead Naval Shipyard
31.
Encik Nazmi Afif Nazari
Eksekutif Teknikal
Boustead Naval Shipyard
32.
Noorlia Alang
Eksekutif
TNB Perak
33.
Nasibah Mohamed
Eksekutif
TNB Perak
34.
Mohd Wazir Rudin Mat Ali
Eksekutif
TNB Perak
35.
Monaliza Md Ramli
Eksekutif
TNB Perak
36.
Nurulemirna Jamil
Eksekutif
TNB Perak
37.
Mohd Firdaus Mat Noor
Jurutera
Jab. Pengairan & Saliran Perak Tengah
38.
Khisuri Mat Din
Penolong Jurutera
Jab. Pengairan & Saliran Perak Tengah
39.
Rosmawati Mohd Nordin
Penolong Jurutera
Jab. Pengairan & Saliran Perak Tengah
40.
Abu Jalil Meor Yang
Juruteknik Kanan
Jab. Pengairan & Saliran Perak Tengah
41.
Azman Mohd Khalid
Pembantu Tadbir
Jab. Pengairan & Saliran Manjung
42.
Norlizawati Abdul Majid
Pelukis Pelan
Jab. Pengairan & Saliran Manjung
43.
Russiha Mat Radzi
Juruteknik
Jab. Pengairan & Saliran Manjung
44.
Ngang Aii Lee
Pembantu Tadbir
Jab. Pengairan & Saliran Manjung
45.
Roseli Hamzah
Penyelenggara Stor
Jab. Pengairan & Saliran Manjung
46.
En Zamri Daman Huri
Penolong Akauntan
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
47.
En Mohd Zuwairi Mohd Nawawi
Penolong Pegawai
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
48.
En Saiful Nizar Hai San
Juruteknik
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
49.
Pn Mazita Zanuddin
Pembantu Tadbir
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...