Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, February 03, 2012

Taklimat 5S Di Markas Armada


Pegawai Memerintah (PM) KD MAHAWANGSA Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM telah diberi kepercayaan dan dijemput oleh YBhg Panglima Armada Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Osman untuk memberi Taklimat Pengurusan Atasan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

Taklimat bermula pada jam 1430H bertempat di Bilik Mesyuarat Markas Armada itu dihadiri oleh Panglima Armada, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dari Markas Armada sendiri dengan jumlah kehadiran seramai 30 orang.



Taklimat PM meliputi aspek-aspek asas tatacara kerja 5S, tugas serta tanggungjawab ajk-ajk induk dan pelaksanaan Amalan 5S di tempat kerja. PM menekankan perbezaan Amalan 5S di pangkalan dan kapal di mana mempunyai perbezaan yang tersendiri. Walaupun begitu, konsep dan amalan tidak ada banyak bezanya.

Faktor kewangan selalu dijadikan alasan untuk apa juga aktiviti kualiti, begitu juga dengan Amalan 5S. Tapi kenyataan ini disangkal kerana KD MAHAWANGSA telah membuktikan kejayaan Amalan 5S sehingga berjaya dipersijilkan tanpa menggunakan bajet yang banyak.

Kejayaan yang dikecapi boleh direalisasikan jika semua warga MA telah berjaya menyerap masuk Amalan 5S ini ke dalam jiwa masing-masing kerana pengorbanan masa perlu dilakukan untuk terus berjaya. Oleh yang demikian, warga MA hendaklah bekerjasama dalam apa jua aktiviti, pelaksanaan dan kerja-kerja 5S demi mewujudkan persekitaran 5S ini.

Dalam ucapan Panglima Armada, beliau bersetuju agar semua unit-unit di bawah naungan mengaplikasikan Amalan 5S ini. Ini disebabkan pelaksanaan Amalan 5S banyak memberi kesan positif bagi urusan pentadbiran sesebuah unit. Beliau juga menjadikan KD MAHAWANGSA sebagai kapal contoh bagi kapal-kapal lain dalam mengikuti langkah Amalan 5S. Ini supaya kapal seiring dengan matlamat peringkat tertinggi TLDM untuk dikenali sebagai World Class Navy. Taklimat selesai pada jam 1550H.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...