![]() |
| Sesi bergambar |
Seramai 72 orang Pegawai Kadet Kanan (PKK) tahun 2 PALAPES TLDM
terdiri daripada 7 buah IPTA telah membuat
lawatan sambil belajar ke KD MAHAWANGSA. Lawatan ini bertujuan untuk memberi
pendedahan mengenai peranan kapal di dalam TLDM.
Lawatan bermula pada jam
1100H. Lawatan ini diketuai oleh Pegawai Koordinasi Latihan iaitu Lt Naza TLDM.
Kesungguhan jelas terpancar di wajah para pelatih apabila meraka diberi peluang
melawat ke kapal ini.
![]() |
| Semua Pegawai PALAPES berkumpul di Geladak Penerbangan |
Pegawai Bertugas Harian (PBH) KD MAHAWANGSA iaitu Lt Mohd Faizal Izwan TLDM telah memberi Taklimat
Keselamatan kepada ke semua Pegawai PALAPES. Ia amat penting agar keselamatan sentiasa
diutamakan.
Pegawai PALAPES ini telah dibahagikan kepada 3 buah kumpulan bagi memudahkan proses lawatan ke seluruhan kapal selain pembelajaran mengenai kapal ini. Mereka menunjukkan minat dengan mengutarakan banyak
soalan-soalan mengenai kapal sejarah, pencapaian, pelayaran dan Amalan 5S yang diamalkan di kapal.
Kesemua Pelatih
berasa teruja apabila berpeluang melawat KD MAHAWANGSA yang mana kita
sedia maklum KD MAHAWANGSA sentiasa berada pada tahap kesiagaan yang tertinggi.
PKK Nor Afida Binti Razali dan PKK Shahril Mansur telah memberi komen mereka yang tersendiri
mengenai lawatan ke KD MAHAWANGSA
Saya berasa teruja dan bangga dapat melawat ke KD
MAHAWANGSA. Saya mendapati kapal ini sangat bersih dan cantik. Penerangan mengenai
kapal membantu saya dengan lebih efektif dalam menimba ilmu pengetahuan. Saya
berharap KD MAHAWANGSA akan terus maju jaya pada masa akan datang.
Saya berasa amat kagum kerana diberi peluang melawat ke kapal KD MAHAWANGSA. Dalam pemerhatian saya, kapal ini berada dalam keadaan bersih dan semua peralatan tersusun rapi dengan mengamalkan Sistem 5S. Disamping itu, banyak perkara baru yang dapat saya pelajari, mengetahui benda baru dan tatacara kerja di kapal. Ini merupakan kali kedua saya melawat ke kapal TLDM. Saya berharap agar diberi peluang untuk melawat ke kapal TLDM pada masa akan datang.













No comments:
Post a Comment