Sekumpulan warga KD
MAHAWANGSA telah berkunjung ke War Memorial, Sandakan. Tujuan lawatan ini
adalah untuk mengisi masa terluang yang ada semasa kapal berlabuh di Sandakan. Walaupun
dalam keadaan gerimis, warga kapal tetap bersemangat untuk menjelajah ke tempat
bersejarah ini.
Sedikit kekecewaan berlaku
kerana tempat ini di dalam proses minor
upgrade, tetapi ini tidak mematahkan semangat warga kapal kerana masih ada
ruang penjelajahan untuk memahami apa yang berlaku.
Sejarah yang tercipta semasa
Perang Dunia Ke-2 ini memperlihatkan kekejaman tentera Jepun, di mana seramai
2700 orang anggota tentera United Kingdom dan Australia yang telah di jadikan
tawanan perang oleh tentera Jepun.
Di sana anda dapat melihat kronologi
peristiwa tersebut bermula dari penahanan tawanan perang, dipaksa membina
landasan kapal terbang, berkawat dari Sandakan ke Ranau sejauh 260km ataupun
juga dikenali sebagai Death March,
penyeksaan terhadap pelarian dan pelbagai lagi kekejaman yang dilakukan oleh
Tentera Jepun.
Sebuah pondok kecil dibina
oleh kerajaan negeri yang mempertontonkan diorama khemah tawanan perang, video
hasil temuramah 6 orang tahanan perang yang berjaya menyelamatkan diri dan
pelbagai info lagi boleh diketahui di sini.
Hasil lawatan ini sungguh
bermakna kepada warga kapal kerana di samping mengetahui sejarah yang terjadi,
pengetahuan tentang undang-undang sebagai tahanan perang berdasarkan Konvesyen
Geneva juga dapat ditambah.










No comments:
Post a Comment