Pegawai Memerintah
KD MAHAWANGSA
‘It’ Your
Ship’ dan ‘Get Your Ship Together’ merupakan dua buah buku yang telah ditulis
oleh Captain D. Michael Abrashoff. Beliau adalah pegawai Tentera Laut Amerika
lulusan United States Naval Academy dan pernah berkhidmat sebagai Military Assistant kepada bekas
Setiausaha Pertahanan, Dr. William J. Perry. Beliau telah bersara pada tahun
2001 dan merupakan pengasas dan CEO kepada Grassroots Leadership Centre.
Di dalam kedua-dua buku ini Captain D. Michael
Abrashoff mencatatkan pengalaman beliau semasa memerintah USS Benfold. Beliau
telah melaksanakan beberapa program yang telah mentransformasikan USS Benfold
menjadi kapal paling efektif dan berkesan di armada Tentera Laut Amerika.
Prinsip-prinsip dan falsafah pemerintahan beliau ini telah ditulis menjadi bab
di dalam kedua-dua buku ini. Di antara tajuk-tajuk yang menarik ialah:
a.
Lead by Example.
b.
Listen Aggressively.
c.
Communicate Purpose and Meaning.
d.
Create a Climate of Trust.
e.
Look for Results not Salutes.
f.
Take Calculated Risks.
g.
Go Beyond Standard Procedure.
h.
Build Up Your People.
i.
Beyond Benfold.

Buku ini
juga telah menceritakan suka duka serta liku-liku pemerintahan beliau serta
cabaran yang telah dilalui. Isi kandungan banyak berkisar tentang teknik-teknik
pengurusan yang efektif, prospek diri yang perlu ada untuk menjadi pemimpin
hebat, tatacara bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan disegani
serta pelbagai lagi perkara-perkara menarik. Coretan ayat dan kandungannya yang
ringkas, membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya mudah memahami.
Buku ini
wajar dimiliki dan dibaca oleh setiap Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Panglima Armada yang telah meminjamkan buku milik peribadi beliau
kepada saya sebaik sahaja beliau mengambil-alih pemerintahan sebagai Panglima
Armada. Buku ini menjadi inspirasi kepada saya untuk menjadikan KD MAHAWANGSA
‘The Best Damn Ship’ di Armada TLDM.





Di kesempatan yang ada ini, saya ingin menzahirkan penghargaan saya kepada PM MHW kerana kejayaan memimpin Armada. Saya turut merasakan bahawa kedua-dua buku tersebut banyak memberi sumber inspirasi kepada beliau untuk meneraju kejayaan di Armada. Sebagai contoh, saya mengambil pendekatan 'Create a Climate of Trust' dan 'Look for Results not Salutes' yang diadaptasikan beliau. Beliau tidak teragak-agak melemparkan jauh-jauh rasa ego dan sangat merendah diri bila warga kapalnya melakukan kesilapan. Tanpa rasa malu, beliau pernah memohon maaf kepada saya atas kekhilafan PBH beliau. Contoh ini telah mempamerkan sikap profesional beliau bukan sahaja menjana kepercayaan kepada kepimpinan beliau malah saya secara peribadi amat mengagumi kepimpinan beliau. Pemimpin yang memiliki sifat kemuliaan dan keberanian yang luar biasa. Beliau juga seorang praktikal dan 'down-to-earth'. Saya yakin, karisma inilah yang mendorong kejayaan KD Mahawangsa.
ReplyDeleteJusteru, saya terpanggil untuk menyeru pegawai-pegawai muda khasnya untuk mendapatkan kedua-dua buku tersebut. Dalam masa yang sama, dekati dan pelajari apa yang dimiliki oleh Kept Jamel kerana saya secara peribadi mempelajari banyak perkara dari beliau.
All the best buat The Best Damn Ship RMN. Wish you fair winds and following seas untuk penugasan yang seterusnya.. InsyaAllah.