Pada 11 Feb yang
lepas dan bertempat di Geladak Kereta Kebal KD MAHAWANGSA telah berlangsungnya
Forum Kesedaran ISO/OHSAS kepada warga 1 MAHAWANGSA berkenaan sistem pengurusan
yang telah diaplikasikan di kapal. Penglibatan semua warga kapal yang tidak
bertugas termasuklah pengurusan tertinggi kapal telah memeriahkan lagi suasana.
Seperti mana kelas-kelas yang pernah diadakan sebelum ini, warga kapal telah
didedahkan dengan kefahaman-kefahaman baru serta bagaimana sesuatu prosedur di
dalam sistem pengurusan kapal diurus tadbir dan dilaksanakan bagi menjadikan
kapal sebagai sebuah organisasi yang berkualiti, efisyen dan berdaya saing di
masa hadapan “Insya’allah”.
Ceramah telah
disampaikan oleh 2 wakil pengurusan ISO/OHSAS kapal iaitu Lt Mohd Hilmi bin
Abdul Halim TLDM dan Lt Mohd Fiqri bin Othman TLDM. Berkonsepkan “Learning from the Experience”, tema ini
dilihat banyak memberi impak yang mendalam kepada warga kapal khususnya bagi
menanamkan kesedaran terhadap sistem yang diamalkan dan implikasi terhadap
keselamatan yang perlu dititikberatkan dengan mengambil kira kisah dan tauladan
yang telah ditinggalkan oleh generasi dahulu.
Pembentangan tatacara
pengisian dan penggunaan borang HIRARC Form
menjadi pembuka acara dengan seluruh warga kapal didedahkan bagaimana sesuatu
proses dari mengenalpasti risiko, menganalisis dan tindakan kawalan yang perlu
diambil bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Kesedaran juga telah
diterapkan kepada setiap warga kapal khususnya bagi memastikan sistem yang
sedia ada ini diteruskan dan dibuat penambahbaikan bagi memacu organisasi ke
arah sistem urustadbir kapal yang teratur dan berkopetensi. Pengenalan dan
sejarah keselamatan pekerja menjadi tajuk perbualan yang menaik untuk
dibincangkan serta menjadi tajuk tarikan oleh setiap warga yang hadir.
Pembentangan bersahaja oleh Lt Mohd
Fiqri selain sedikit jenaka yang diselang-selikan menjadikan maklumat yang
ingin disampaikan sampai ke telinga pendengar. Ekoran daripada forum yang
diberikan, Pegawai Laksana Kdr Ahmad Nazree TLDM telah terpanggil untuk
menyokong hujah-hujah yang telah diberikan dengan beberapa idea-idea dan
gambaran yang jelas untuk dihubungkaitkan dengan situasi sebenar di kapal.
Forum yang mengambil
masa 1 jam 15 minit ini juga menarik perhatian pemerintah tertinggi kapal yang
turut menyatakan perasaan kagum dan gembira di atas usaha yang dilakukan oleh
semua yang terlibat dalam mengelolakan aktiviti sebegini. Pegawai Memerintah berharapkan supaya usaha
seperti ini diteruskan dan ditingkatkan bagi memastikan setiap informasi dan
maklumat yang ingin disampaikan menjadi amalan setiap warga 1MAHAWANGSA
khususnya sebagai latihan kepada anggota-anggota baru bagi menjadikan Gagasan 1
MAHAWANGSA ke arah ‘The Best Damn Ship in
The Navy’.









No comments:
Post a Comment