Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, February 18, 2012

Cucian Kapal


Semangat 1MAHAWANGSA tetap berkobar-kobar di dalam diri setiap warga kapal. Ini dapat dilihat dengan aktiviti cucian kapal. Aktiviti cucian ini merangkumi setiap lapisan pegawai dan anggota kapal.


Cucian kapal adalah menjadi kemestian bagi KD MAHAWANGSA sebelum memasuki mana-mana pelabuhan. Seperti juga manusia yang sukakan kebersihan, begitu juga halnya dengan kapal. Kebersihan telah menjadi nadi dalam kesiagaan kapal.


Anak-anak kapal dikehendaki beratur di awal pagi sebelum dibahagikan  kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk melakukan cucian yang meliputi di geladak atas sahaja.


Yang menariknya, dalam aktiviti cucian ini Pegawai Memerintah juga turut serta dalam aktiviti pembersihan sebagai pembakar semangat kepada warga kapal. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...