Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, February 02, 2012

Anugerah Bintara & Laskar Terbaik Jan 12


Anugerah Bintara dan Laskar Terbaik Bulan Jan 2012 adalah pembuka tirai untuk aktiviti kualiti kapal bagi bulan Feb 2012. Majlis hari ini bermula dengan Pegawai Memerintah (PM) menerima laporan daripada Juragan pada jam 0805H selepas panji-panji dikibarkan.

Seterusnya majlis dimulakan dengan upacara penganugerahan Bintara Terbaik Bulan Jan 2012 iaitu 820330 BM PAP (AT) Ramli bin Sendet. Berikut serba sedikit perihal diri beliau; Bintara berasal dari Negeri Sembilan dan telah memasuki perkhidmatan pada 4 Jan 1995. Memasuki Kekuatan Anggota (MKA) kapal pada 4 Apr 20120 sebagai Serang 2. Bintara telah mendirikan rumahtangga bersama Pn. Zarina bt Hassan dan telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata.


Majlis diteruskan dengan penganugerahan Laskar Terbaik yang dimenangi oleh 828985 P/LK TLS Mohd Hafiz bin AB Razak. Laskar yang berasal dari Batu Pahat telah memasuki perkhidmatan pada 31 Jan 2002. Laskar telah MKA KD MAHAWANGSA pada 26 Jan 2011 sebagai Staf Seksyen Kuasa Tinggi.


Dalam ucapan PM pagi tadi beliau berbangga kerana mempunyai warga kapal yang kompeten dan sentiasa memajukan diri untuk berjaya. Ini memenuhi hasrat beliau agar warga kapal seiring dengan gelaran yang dikecapi iaitu ‘The Best Damn Ship In The Navy’.


"Warga kapal juga diingatkan agar menjaga keselamatan diri ketika melakukan sesuatu kerja, ini supaya tiada sebarang kejadian yang tidak diingini boleh berlaku sehingga menjejaskan organisasi kapal”, katanya. Majlis tamat pada jam 0830 setelah bacaan doa oleh Pbt Ustaz Hairul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...