Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, February 06, 2012

Amalan 5S Di Pejabat Kenderaan Armada

Pejabat Kenderaan Armada [Military Transport (MT) Armada] adalah salah satu unit dibawah naungan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA merangkap Pegawai Kanan Armada (PKA) sendiri iaitu Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM di mana ianya berfungsi untuk membekalkan kapal-kapal di sekitar Jeti Tambatan Pangkalan Lumut dengan kemudahan pengangkutan bagi memudahkan urusan rasmi dan harian. 

Carta Organisasi
Bangunan Pejabat Kenderaan Armada ini sebenarnya baru sahaja siap dinaiktaraf dan mula diduduki pada awal Disember 2011.   Ianya dinaiktaraf menjadi sebuah bangunan pejabat yang lengkap dengan Bilik Pegawai Kenderaan, Pejabat Tadbir, Pejabat Senggaraan, Bilik Bintara Kenderaan, Bilik Rehat Awasan dan juga tandas. 

Sudut 5S
Asal bangunan unit ini adalah di belakang bangunan yang diduduki sekarang.  Unit ini telah diterajui oleh Lt Mohamad Juhaizal bin Mohamad Junid TLDM selaku Pegawai Kenderaan Armada dan dibantu oleh Bintara Kenderaan iaitu BM TNL Hashim bin Ariffin.  Kekuatan penuh bagi unit ini adalah seramai 31 orang termasuk pemandu Pegawai Memerintah kapal-kapal.

Pejabat Senggaraan
Unit ini juga turut mengamalkan Amalan Persekitaraan Berkualiti 5S seperti mana yang telah diimplementasikan oleh KD MAHAWANGSA untuk membawa persekitaran kerja yang lebih kondusif.  Berikut adalah antara pejabat-pejabat unit ini yang telah mengimplementasikan amalan tersebut. 



Pejabat Tadbir
Amalan Persekitaran Berkualiti 5S ini banyak membantu dan memudahkan urusan kerja harian anggota serta dapat mengawal kekemasan dan kebersihan sesuatu kawasan.  Apa yang diterapkan adalah 5S itu sendiri iaitu SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL.  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...