Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, January 06, 2012

WARMIDS Edisi 1

WARMIDS atau juga dikenali sebagai Warta Midshipmen telah julung kali dikeluarkan pada penghujung bulan Okt 11. WARMIDS keluaran sulung ini dikarang sepenuhnya oleh Pegawai Kadet Kanan (PKK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menjalani Latihan Ketenteraan Fasa Laut yang bermula pada 7 Jul - 28 Okt 11. 

WARMIDS yang dihasilkan ini merupakan inspirasi Pegawai Memerintah sendiri untuk melahirkan PKK yang serba boleh bukan sahaja dalam portfolio masing-masing bahkan di dalam bidang penulisan dan penerbitan majalah.

Kini para pengunjung boleh mendapatkan WARMIDS Edisi 1 di sini. Di mana menceritakan suka duka, pengalaman, aktiviti dan pelbagai lagi perkara menarik yang PKK harungi serta pelajari.
Adalah menjadi harapan kapal untuk mengekalkan tradisi yang baru ini, di mana setiap pengambilan PKK samaada freshies atau senior yang akan menjalani latihan di KD MAHAWANGSA untuk menghasilkan WARMIDS yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...