Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, January 17, 2012

Taklimat Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan KD MAHAWANGSA

Pada 17 Jan 2012, KD MAHAWANGSA telah melaksanakan taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang merangkumi tajuk pengenalan kepada HAZARD serta pengenalan kepada Incident, Accident dan Near Miss.




Taklimat telah diberikan oleh Lt Ashadi bin Ramali TLDM bagi tajuk pengenalan HAZARD dan Lt Mohd Fiqri bin Othman TLDM bagi tajuk Incident, Accident dan Near Miss.




Taklimat tersebut telah dilakukan selepas selesai perbarisan pagi dan dilakukan di Geladak Kereta Kebal. Berlanjutan dari kapal yang telah dipersijilkan dengan persijilan OHSAS 18001:2007, ramai daripada anggota-anggota semasa kapal adalah anggota-anggota baru.
Oleh yang demikian taklimat ini dilakukan bagi memberikan pengetahuan mengenai KKP terutama kepada anggota-anggota yang Memasuki Kekuatan Anggota.




Seramai 86 orang anggota yang terdiri daripada pegawai dan lain-lain pangkat yang hadir dalam taklimat tersebut. Taklimat selesai pada jam 0900H.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...