Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, January 22, 2012

Senamrobik Bersepadu Armada


Pada tanggal 20 Jan 2012, Armada telah mengadakan satu aktiviti Senamrobik Bersepadu Armada yang julung kali diadakan pada tahun 2012 bertempat di Taman Rekreasi KD MALAYA. Aktiviti senamrobik ini telah dihadiri oleh semua peringkat warga Armada dan kehadiran dianggarkan seramai 500 orang dari kapal-kapal di Tambatan Pangkalan Lumut.

            Aktiviti ini bermula sebaik sahaja ketibaan Pegawai Kanan Armada (PKA), Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM iaitu sebaik sahaja panji-panji dikibarkan. Aktiviti dimulai dengan bacaan doa oleh Pegawai Sukan KD LEDANG iaitu Lt Norisnain bin Syariat TLDM. Selesai sahaja bacaan doa, Pengacara Majlis, Lt Mohd Hafizul Hadi bin Hisham TLDM menjemput PKA bagi memberikan ucapan. PKA di dalam ucapannya telah menekankan agar setiap warga Armada hendaklah sentiasa berbangga kerana berada di unit-unit di kapal TLDM dan senantiasa memastikan kesiagaan kapal di tahap yang tertinggi.


           PKA di dalam ucapannya mengingatkan dan menekankan supaya semua warga Armada sentiasa memastikan keselamatan kapal pada setiap masa walau di mana berada dan mengamalkan budaya kerja dan persekitaran yang berkualiti. 


 Seterusnya, aktiviti senamrobik dimulakan dengan pimpinan oleh LK JJM Misbah  yang didatangkan khas dari Komplek Sukan TLDM dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih jasmani dari kapal-kapal. Senamrobik disudahi dengan ‘warming down’ yang diiringi dengan lagu perlahan Ombak Rindu. Tergambar senyuman dan kepuasan warga Armada ketika senamrobik itu dilakukan.

            Selepas itu, upacara penyampaian Bendera Armada ataupun ‘Fleet Flag’ oleh PKA kepada Chief De Mission iaitu Pegawai Memerintah KD KASTURI, P/Kepten Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah. Bendera Armada telah dikibarkan dan ini menaikkan lagi semangat warga Armada untuk mengambil bahagian dan memenangi Kejohanan Mini Olimpik  22/2012 yang akan dilangsungkan pada 12 hingga 18 Mac 12.
 
          Aktiviti senamrobik diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Ketua Senamrobik pada hari tersebut iaitu LK JJM Misbah. Diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang  kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga Armada. Sekian, majulah sukan untuk Armada.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...