Subscribe:

adds 468 x 60

Saturday, January 21, 2012

Menyambut Naga Di Pangkalan TLDM Lumut

Artikel: navy.mil.my


Lumut, 17 Jan : Tahun 2012 merupakan giliran naga sebagai simbol zodiak yang menjadi satu simbol kekuatan dan lambang keperkasaan dalam semua zodiak-zodiak yang lain. Bersifat gagah dan sentiasa berdikari menjadikan tahun naga sebagai satu tahun yang akan membawa keuntungan kepada setiap orang yang berusaha bersungguh-sungguh pada tahun ini. Pangkalan TLDM Lumut hari ini telah menerima kunjungan krew dari NTV7 yang mengadakan penggambaran di sekitar pangkalan dan kapal. Penggambaran ini antara lain akan memaparkan kehidupan penganut Buddha dalam TLDM dan akan disiarkan pada rancangan ‘The Breakfast Show’ di NTV7.



Penggambaran bermula seawal jam 8 pagi sebaik krew NTV7 tiba di pangkalan. Kehadiran krew telah disambut oleh Ketua Staf Markas Armada, Kepten Chin Yoon Chin TLDM. Mereka seterusnya dibawa ke KD SRI INDERSAKTI untuk memulakan rakaman di kapal. Rakaman turut melibatkan ucapan Tahun Baru Cina dari Lt Dya Chin San Roy TLDM, salah seorang warga KD SRI INDERASAKTI. Lokasi penggambaran kemudiannya berpindah ke KD Selangor untuk menemubual Lt Kdr Ing Chiung TLDM & Lt Tan Sze Lin TLDM berkenaan kehidupan mereka ketika di kapal.


Rakaman diteruskan setelah waktu rehat tengah hari. Krew telah dibawa menaiki Bot Tempur menuju ke Pulau Pangkor. Setiba di sana pada sekitar jam 3 petang, penggambara disambung di Rumah Orang Tua Pulau Pangkor sebagai satu cara mendalami perasaan warga emas di salah satu destinasi pelancongan termashur di Perak itu. Mereka merasa terharu apabila ada pihak yang sanggup datang dan mendalami perasaan mereka. Perasaaan gembira jelas terpancar diwajah setiap penghuni rumah tersebut apabila menerima sumbangan dari pihak TLDM.


Pada sebelah malam, penggambaran diteruskan di Rumah Kebajikan Manjung bagi memberi peluang kepada insan yang kurang bernasib baik merasai kemeriahan dan keindahan meraikan hari yang penuh bermakna. Penggambaran diteruskan pada keesokan harinya dengan menjadikan KD MAHAWANGSA sebagai platform. Istiadat TLDM seperti Colours Ceremony dan Both Wathces menjadi agenda utama yang memaparkan imej TLDM selain menemubual Lt Kdr Chuah Lewkern TLDM


Setiap krew yang hadir meluahkan perasaan sangat gembira dengan layanan penuh kemesraan yang diberikan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia ketika berakhirnya rakaman sepanjang tempoh dua hari di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...