Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, January 26, 2012

Majlis Serah Menyerah Tugas Pegawai Memerintah & Penyerahan Sijil Amalan 5S KD MAHAWANGSA


Ketua Pengarah MPC menandatangani Buku Pelawat
Selepas kejayaan kapal menjadi hos Gin Pennant Wisma Samudera Berkibar Di KD MAHAWANGSA pada 18 Jan 2012. Sekali lagi pada 26 Jan 2012,  kapal telah diberi kepercayaan untuk menjadi hos dalam Majlis Serah Menyerah Tugas Pegawai-Pegawai Memerintah unit-unit kapal dan pangkalan.

Barisan tetamu yang hadir
Pada hari ini juga Majlis Penyerahan Sijil 5S oleh Ketua Pengarah Malaysia Productivity Corporation (MPC) Tn Hj Mohd Razali Hussain juga turut diadakan selepas kapal berjaya di dalam Audit Persijilan 5S pada 27 Dis 2011 yang lalu.

Majlis hari ini bermula dengan ketibaan Panglima Armada Laksamana Madya Dato' Wira Jamil bin Hj Osman dan tetamu-tetamu VIP lain di kapal seperti Panglima Sistem Laksamana Muda Datok Hj Khairudin bin Khalid dan Ketua Pengarah MPC pada jam 0830H. Seterusnya tetamu dibawa ke Geladak Kereta Kebal melalui elevator yang berada di Geladak Kenderaan.

Serah menyerah tugas Pegawai Memerintah SKUADRON 502
Majlis Serah Menyerah Tugas Pegawai Memerintah bermula dengan penyerahan tugas Pegawai Memerintah KD PANGLIMA HITAM serta perlantikan Komander PASKAL diikuti serah tugas Pegawai Memerintah SKADRON 501, SKUADRON 502, KD LEKIR dan KD HANG TUAH.

Bil
Unit
Pegawai Memerintah (Lama)
Pegawai Memerintah (Baru)
1.
KD PANGLIMA HITAM
Kepten Jamalludin bin Mohd Saman TLDM
Kdr Hj Mohd Redzuan bin Hj Talib TLDM
2.
SKUADRON 501
Kdr Ajazi bin Jamaluddin TLDM
Kdr Sazalee bin Shoib TLDM
3.
SKUADRON 502
Kdr Mohd Mokhtaruddeen bin Mohd Mokhtar TLDM
Kdr Ajazi bin Jamaluddin TLDM
4.
KD LEKIR
Kdr Mohamad Shaifudin bin Hassan TLDM
Kdr Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar TLDM
5.
KD HANG TUAH
Lt Kdr Shahris Faisal bin Abdullah TLDM
P/ Kdr Shahril Amir bin Mohd Mokhtar TLDM


Panglima Armada menyemat lencana pemerintahan
di dada Pegawai Memerintah KD HANG TUAH
Selesai sahaja Majlis Serah Menyerah Tugas Pegawai Memerintah, majlis diteruskan dengan Majlis Penyerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S kepada KD MAHAWANGSA oleh Ketua Pengarah MPC. Di dalam ucapan Ketua Pengarah MPC beliau berasa amat teruja kerana ini kali pertama setelah berkhidmat hampir 30 tahun melakukan persijilan di kapal perang milik TLDM. Kejayaan yang dicapai ini telah melakar sejarah baru bukan sahaja di Malaysia bahkan juga dunia.

Penyerahan Sijil Amalan 5S oleh Ketua Pengarah MPC
Kejayaan yang dicapai ini boleh diikuti oleh kapal-kapal TLDM yang lain di mana Amalan 5S ini telah terbukti berkesan di dalam meningkatkan kualiti kerja, mewujudkan sikap pekerja yang lebih bertanggungjawab dan lain-lain di dalam sesebuah unit.

Ucapan oleh Ketua Pengarah MPC
Sebelum berakhir majlis Panglima Armada berkesempatan untuk menyampaikan cenderahati kepada Ketua PengarahMPC atas kesudiannya untuk hadir pada hari ini. Selesai kedua-dua majlis, para hadirin dijemput untuk menjamah jamuan ringan yang telah disediakan.

Penyampaian cenderahati oleh Panglima Armada
Seterusnya sesi sidang media telah diadakan di mana media cetak dan elektronik berpeluang menemuramah Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dan Ketua Pengarah MPC di atas pencapaian cemerlang KD MAHAWANGSA dipersijilkan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

Sidang media

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...