Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, January 02, 2012

Majlis Makan Tengahari Pegawai-Pegawai KD MAHAWANGSA

Satu majlis makan tengahari telah diadakan di Kenneth’s Palace, Sitiawan. Majlis anjuran Wisma Perwira ini diadakan bertujuan untuk meraikan pegawai-pegawai kapal yang bertukar keluar, bertukar masuk serta yang baru sahaja dinaikan pangkat.

Pegawai-pegawai yang diraikan
Pegawai Bertukar Keluar
  1. Lt Kdr Dzulkarnain bin Ismail TLDM – Pegawai Staf Latih, KD SRI KLANG
  2. Lt Hairry bin Rosli TLDM – Pegawai Staf Navigasi, Markas Armada
  3. Lt Mohd Zaidi bin Mohd Bishan TLDM – Juruiring Panglima Armada
Pegawai Bertukar Masuk
  1. Lt Mohd Faizal Izwan bin Zainol TLDM – Pegawai Persenjataan
  2. Lt Hamizan TLDM – Pegawai Navigasi
Kenaikan Pangkat dari Lt Dya TLDM ke Lt TLDM
  1. Lt Mohd Safwan bin Rashid TLDM
  2. Lt Abdul Azim bin Abd Azis TLDM
  3. Lt Muhammad Nashrulshah bin Norasmi TLDM
Ucapan oleh Lt Kdr Dzulkarnain TLDM

Majlis yang bermula pada jam 1215H dimulakan sebaik sahaja ketibaan Pegawai Memerintah. Makan tengahari yang berkonsepkan kasual ini memberi seribu makna kerana ianya ditempah khas untuk majlis ini sahaja. Tiada sebarang pelanggan yang mengganggu ketika majlis berlangsung.
Hari ini tempat ni kami yang punya
Para tetamu dihidangkan dengan set ‘western’ full package yang mempunyai 5 hidangan istimewa iaitu appetizer, sup cendawan, main course, pencuci mulut dan minuman panas. Rata-rata pegawai yang menikmati hidangan berpuas hati dengan apa yang dihidangkan.

Ucapan Pegawai Memerintah
Pada majlis tersebut juga para pegawai yang bertukar keluar, bertukar masuk dan wakil pegawai yang dinaikkan pangkat diberi peluang untuk memberi ucapan. Sebelum majlis selesai Pegawai Memerintah telah menyampaikan cenderahati bagi pihak Wisma Perwira kepada pegawai-pegawai yang akan bertukar keluar. Majlis selesai pada jam 1330H.


Kehadiran isteri-isteri pegawai yang diraikan
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Lt Kdr Chuah Lew Kern kerana berjaya mengelolakan majlis makan tengahari yang istimewa ini. Kepada pegawai-pegawai yang akan bertukar keluar jutaan terima kasih atas khidmat dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di kapal. Semoga kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...