Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, January 29, 2012

Lawatan Oleh AFCSM


28 Jan 12 - KD MAHAWANGSA telah menerima kunjungan daripada Arsenal Footbal Club Supporters Malaysia (AFCSM) pada jam 1000H. Lawatan seramai 30 orang ini diketuai oleh En. Shahanaz Fitri bin Mohd Shah. Kelab ini merupakan penyokong kuat Pasukan Bola Sepak Arsenal yang kebanyakkanya datang dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Tujuan lawatan ke Pangkalan TLDM Lumut adalah untuk melihat suasana bekerja warga Navy People sekaligus untuk mengetahui serba sedikit peranan dan tanggungjawab TLDM dalam menjaga kedaulatan perairan negara.


Kunjungan AFCSM ke KD MAHAWANGSA disambut mesra oleh Pegawai Bertugas harian Lt Safwan TLDM beserta dengan anggota-anggota Awasan Bertugas. Taklimat keselamatan dan info kapal telah disamapaikan oleh Pembantu Pegawai Bertugas Harian Lt Dya Hafizi TLDM. Beberapa maklumat menarik juga turut dikongsi bersama seperti kejayaan kapal dalam menyelamatkan MT Nautica JB sehingga mengharumkan nama TLDM amnya dan Malaysia khususnya, Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang baru disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC dan beberapa kejayaan lagi.


Selesai taklimat pelawat telah dibawa melihat persekitaran kapal oleh anggota-anggota Awasan Bertugas yang meliputi geladak atas dan bawah. Pelawat ditunjukkan dengan hasil dan kaizen 5S yang membawa perubahan kapal ke arah persekitaran yang lebih berkualiti, efisien dan kondusif.


Lawatan di kapal selesai pada jam 1130H dan rata-rata pelawat amat berpuas hati dengan taklimat yang diberikan sepanjang lawatan oleh anggota-anggota Awasan Bertugas. Seterusnya AFCSM akan melawat KD RAJAWALI dan beberapa tempat lain lagi sebelum melaksanakan objektif  kedua mereka iaitu perlawanan persahabatan bola sepak bersama Armada TLDM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...