Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, January 09, 2012

Lawatan 5S Oleh KLD TUNAS SAMUDERA

Pada 9 Jan 2012, KD MAHAWANGSA sekali lagi menerima kunjungan dari Armada TLDM untuk melawat keberkesanan Amalan 5S yang diamalkan di kapal. Kali ini seramai 6 orang Tim Pengurusan KLD TUNAS SAMUDERA melawat ke kapal dengan di ketuai oleh Juragan Kapal iaitu BK PRL Zahmi bin Che Ya.
 
Menjenguk Sudut 5S
Lawatan pada jam 1500H ini disambut oleh Pegawai Bertugas Harian (PBH) Lt Juhaizal TLDM. Seperti biasa taklimat keselamatan dan 5S diberikan kepada para pelawat sebelum memulakan lawatan.



Lawatan di Haluan
Beberapa bahagian & kompartmen seperti Rumah Masak, Stor rangsum Kering, Pejabat DCHQ, Galeri 5S, Stor Jaring serta pelbagai lagi telah dibawa untuk menunjukkan Amalan 5S yang diamalkan oleh warga kapal.



Lawatan ke Anjungan
Warga KLD TUNAS SAMUDERA begitu teruja dengan Amalan 5S di KD MAHAWANGSA sehinggakan salah seorang pelawat mengatakan " Kalau Bilik Jentera Utama bersih macam ini, pakai pakaian 2A (putih) pun boleh bekerja". 



Kebersihan Jentera Utama Stbd jelas terserlah
Pelawat juga diberi peluang untuk melakukan Ujian Masa 30 Saat  di Stor Cat dan terbukti Amalan 5S berkesan kerana pelawat yang pertama kali berkunjung ke Stor Cat berjaya mendapatkan cat cream dalam masa lebih kurang 20 saat.

Lawatan selesai pada jam 1615H, ribuan terima kasih diucapkan kepada warga KLD TUNAS SAMUDERA yang sudi melawat kapal. Besar harapan kami agar KLD TUNAS SAMUDERA juga turut sama bergerak seiring dengan KD MAHAWANGSA untuk melaksanakan Amalan 5S.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...