Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, January 06, 2012

Lawatan 5S Oleh KD LAKSAMANA HANG NADIM

Tanggal 3 Jan 2012 menjadi detik sejarah kapal kerana menerima lawatan 5S pertama dari KD LAKSAMANA HANG NADIM sejak kapal mula dipersijilkan dengan Amalan 5S pada 27 Dis 2011 yang lalu.

Kunjungan warga KD LAKSAMANA HANG NADIM pada jam 0915H diketuai oleh Pegawai Laksana kapal iaitu Lt Kdr Emmry TLDM. 

KD MAHAWANGSA sentiasa mengalu-alukan 
kedatangan pelawat

Taklimat Keselamatan & 5S oleh 
Pegawai Betugas Harian
Sebahagian anggota KD LAKSAMANA HANG NADIM 
tekun mendengar taklimat
Para pelawat dibawa melawat ke setiap bahagian & kompartmen kapal seperti Rumah Masak, Anjungan, Pejabat-pejabat Jabatan dan pelbagai tempat lagi samada di geladak atas mahupun bawah untuk menunjukkan aplikasi 5S di setiap pelusuk kapal oleh setiap jabatan.

Terima kasih diucapkan kepada Warga NADIM kerana sudi melawat KD MAHAWANGSA. Lawatan oleh KD LAKSAMANA HANG NADIM selesai pada jam 1030H.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...