Subscribe:

adds 468 x 60

Tuesday, January 17, 2012

Lawatan 5S Oleh KD JEBAT


KD MAHAWANGSA sekali lagi menerima lawatan 5S dan pada 16 Jan 2012 kapal telah menerima kunjungan pegawai-pegawai dari KD JEBAT disambut oleh Ketua Tim Promosi di Wisma Perwira. Kunjungan KD JEBAT pada jam 1545H ini merupakan inisiatif sendiri yang diketuai oleh Lt Shafiq TLDM.

Kata-kata aluan diberikan untuk menyambut kunjungan pelawat serta diterangkan ‘Apa Itu 5S’ serta kebaikan jika berjaya diaplikasikan di tempat kerja dan sebagainya. Seterusnya para pelawat telah dibawa oleh Pembantu Pegawai Bertugas Harian kapal  Lt Shafiee TLDM untuk melawat ke setiap ruang dan kompartmen kapal yang merangkumi geladak atas dan bawah.

Para pelawat telah ditunjukkan kompartmen-kompartmen kapal di mana secara keseluruhannya mengamalkan Amalan 5S. Ini untuk menunjukkan bahawa setiap warga kapal tidak ketinggalan di dalam mengaplikasikan Amalan 5S.

Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai KD JEBAT kerana sudi untuk melawat KD MAHAWANGSA. Lawatan selesai pada jam 1630H.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...