Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, January 09, 2012

Latihan Kebakaran

Awasan Bertugas kapal hari ini telah melakukan latihan kebakaran di Rumah Masak. Latihan sebegini merupakan satu kemestian bagi Awasan Bertugas di Armada TLDM cuma latihan yang dijalankan adalah pelbagai aspek meliputi kebakaran, kebanjiran, kerosakan, kecederaan dan pelbagai lagi. 

Latihan yang diselia sepenuhnya oleh Pegawai Bertugas Harian (PBH) dengan dibantu oleh Bintara Bertugas Harian (BBH) ini dilakukan pada setiap hari pada jam 1700H. Latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk mengajar Awasan Bertugas akan tugas-tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan sekiranya terjadi sebarang kebakaran. Begitu juga sekiranya terjadi hal-hal kecemasan yang lain. 

Kekerapan dan pelbagai latihan yang dilakukan ini telah terbukti berkesan dan boleh membantu kapal dari menghadapi sebarang kerosakan yang teruk jika terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini.

Kepada warga Armada TLDM yang bertugas, laksanakan tugasan yang diamanahkan dengan ikhlas demi agama dan negara. Pengorbanan dan kesanggupan anda bertugas tanpa mengira masa dan hari amat disanjung tinggi.



1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...