Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, January 22, 2012

Kursus ISO/OHSAS


Sebanyak 2 buah kursus telah dijalankan sempena Audit Pemantauan ISO/OHSAS yang dirancangkan pada 25-26 Jan 2012 bertempat di Bilik Kuliah, KD DUYONG. Yang uniknya kedua-dua kursus ini dijalankan serentak oleh 2 buah skuadron kapal iaitu Skuadron Frigat Ke-21 dan Skuadron MPCSS Ke-31. Kursus-kursus tersebut ialah Kursus Pengenalan ISO dan OHSAS serta Kursus Audit Dalaman SPB.


Kedua-dua kursus telah dilaksanakan pada 18 Jan 2012 manakala praktikal Kursus Audit Dalaman SPB pada 19 Jan (Skuadron Frigat Ke-21) dan 20 Jan (Skuadron MPCSS Ke-31). Tenaga pengajar bagi kursus-kursus ini ialah Puan Sharifah Aishah bt Syed Abdullah (Certification Manager) dari AJA EQS Certification (M) SDN BHD. 


Tujuan utama kursus-kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada warga kapal yang baru melapor akan pendedahan ISO/OHSAS serta mendedahkan kepada Tim Audit Dalaman kapal akan prosedur dan tatacara sebenar pelaksanaan audit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...