Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, January 09, 2012

Kejohanan Mini Olimpik

Kejohanan Mini Olimpik (KMO) 22/2012 kembali lagi pada tahun ini. Kejohanan yang diadakan setiap 2 tahun ini bertujuan untuk mencari pelapis-pelapis baru yang berkecimpung di dalam bidang sukan untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Kejohanan ini akan diadakan di Pangkalan TLDM Lumut mulai 12 hingga 18 Mac 12. Untuk pengetahuan semua kejohanan ini melibatkan 4 formasi iaitu Markas Armada, Markas Bantuan, Armada dan Markas Pendidikan & Latihan.

Pengelolaan kejohanan dilakukan secara bergilir-gilir antara 3 pasukan utama iaitu Markas Armada, Markas Bantuan dan Markas Pendidikan & Latihan. Bagi kejohanan kali ini Markas Armada telah dilantik sebagai pengelola. 

Sebanyak 27 sukan bakal dipertandingkan dan 4 acara sukan untuk pertunjukan bagi lelaki. Manakala bagi sukan wanita, 8 acara sukan dan 2 acara sukan untuk pertunjukan.

Pegawai Memerintah (PM) KD KASTURI Kept Syed Zaharul Putra bin Syed Abdullah TLDM telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen Armada manakala PM KD LEKIR Lt Kdr Mohd Shaifuddin bin Hassan TLDM dilantik sebagai Timbalan Ketua Kontnjen. 


Pasukan Armada TLDM akan diwakili oleh warga kapal dan kapal selam TLDM yang berada di Pangkalan TLDM seluruh Malaysia.

Berikutan kejohanan ini, blog KD MAHAWANGSA akan sentiasa membawa berita terkini dari sebelum sehingga selesai kejohanan serta sebagai penyiar rasmi kejohanan untuk Armada TLDM meliputi berita tentang sukan, pemain, pungutan pingat dan pelbagai lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...