Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, January 27, 2012

KD MAHAWANGSA Kapal Pertama Terima Sijil 5S

Artikel: Sinar Harian 27 Jan 2012



LUMUT- KD Mahawangsa mencatat sejarah apabila menjadi kapal pertama mendapat pengiktirafan cemerlang dalam audit sistem amalan persekitaran berkualiti 5 S. 

Panglima Armada , Laksaman Madya Datuk Wira Jamil bin Osman berkata, pengiktirafan itu menjadi penanda aras kepada kapal-kapal lain di armada TLDM.

Menurutnya, budaya amalan 5 S itu dilihat dapat mempengaruhi sistem budaya kerja dan tadbir urus yang efektif serta berbaloi.

“Ia sedikit sebanyak membantu dalam mempercepatkan tugas dan mewujudkan suasana kerja yang lebih sistematik serta professional.

“Saya turut difahamkan warga 1 Mahawangsa begitu komited dalam menjalani audit bagi mencapai kecemerlangan yang dilihat pada hari ini,” demikian ucapannya semasa majlis penganugerahan sijil 5 S di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Mohd Razali Hussain; Panglima Sistem Armada Laksaman Muda Datuk Khairuddin Khalid dan Pegawai Kanan Armada Kepten Jamel bin Abd Rahman.

Jamil berkata, perkara itu sedikit sebanyak mencungkil bakat serta kelebihan yang wujud dalam diri seiap anggota TLDM dalam mencetuskan idea bernas.

“Ini adalah produk atau hasil yang kita cari selama ini serta untuk melengkapkan kepada program-program lain yang kita jalankan dahulu,

“ Dapat kita lihat pada hari ini satu transformasi kapal daripada yang sebelum kepada selepas dan berharap ia menjadi penanda aras bukan sahaja kepada kapal-kapal TLDM tetapi kepada semua unit,” katanya.

Sementara itu, Jamel berkata, kapal itu bukan sahaja mendapat pengiktirafan 5S tapi turut memperoleh persijilan ISO.

“Bagi pengiktirafan 5S, kami mengambil masa tiga bulan tetapi inisiatif awal sudah dimulakan sejak setahun setengah yang lalu.

“Sebelum ini say bertugas di KD PELANDOK iaitu pusat latihan TLDM dan KD PELANDOK adalah unit pertama yang dipersijilkan dengan 5S,” katanya.

Katanya, pengalaman mendapatkan sijil 5S yang lalu adalah satu perkara baik bagi meningkatkan kesiapsiagaan kapal selain meningkatkan moral dan motivasi anggotanya.

Sebelum itu, dalam majlis yang sama telah diadakan majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah yang menggabungkan lima unit di bawah naungan markas Armada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...