Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, January 29, 2012

KD MAHAWANGSA Kapal Pertama Dianugerah Persijilan "5 S"

Sumber: mstar.com







LUMUT: Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri sebagai kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan persijilan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Khamis.

Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Wira Jamil Osman berkata, walaupun kapal tersebut telah berusia 29 tahun, namun atas usaha gigih semua anak kapal, akhirnya KD Mahawangsa berjaya mendapat persijilan tersebut.

“Lebih membanggakan ia merupakan kapal pertama dalam perkhidmatan TLDM serta negara sekaligus bakal menjadi penanda aras kepada kapal-kapal lain dalam armada laut negara.

"Sikap dan budaya inovasi serta kreatif di kalangan anak kapal juga turut memberi impak berkesan dalam melahirkan angkatan laut yang profesional dan bertaraf dunia,” katanya pada Majlis Penyerahan Persijilan ‘5 S’ MPC.

Persijilan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC Mohd Razali Hussain kepada Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kapten Jamel Abdul Rahman di atas kapal tersebut di Pangkalan TLDM di sini.

Sistem amalan persekitaran berkualiti ‘5 S’ iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal akan dianugerahkan kepada mana-mana pihak yang mematuhi semua syarat ditetapkan MPC.

Sementara itu, Mohd Razali berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 611 organisasi telah dianugerahkan persijilan ‘5 S’.

"Dari jumlah tersebut, Sarawak mencatatkan negeri tertinggi iaitu sebanyak 113 organisasi diikuti Perak di tempat kedua iaitu 65 buah organisasi.

"Apa yang boleh dibanggakan, sebanyak 10 unit atau organisasi di bawah Kementerian Pertahanan turut berjaya menerima penganugerahan tersebut,” katanya.

Antara unit tersebut ialah pejabat Kementerian Pertahanan Malaysia di KualaLumpur, KD Mahawangsa, KD Pelandok, KD Sultan Idris dan Depoh Bekalan Armada diLumut. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...