Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, January 01, 2012

Hari Keluarga KD MAHAWANGSA

            Tanggal 1 Jan 2012 bagi KD MAHAWANGSA bermula dengan jayanya setelah berjaya mengkoordinasikan sambutan Hari Keluarga di kapal. Anggota dan keluarga 1MAHAWANGSA berpusu-pusu menuju ke kapal seawal jam 0715H bagi tidak melepaskan peluang untuk menikmati sambutan Hari Keluarga di mana warga kapal dan keluarga akan dibawa belayar untuk menyambut Hari Keluarga. Sambutan Hari Keluarga ini julung-julung kalinya disambut dengan penuh bermakna serta bersejarah demi meraikan kejayaan KD MAHAWANGSA dan keluarga warga 1MAHAWANGSA yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi suami yang tercinta dalam melaksanakan tanggungjawab pada negara.


Ucapan Pegawai Memerintah
Pesta buah-buahan
Ruangan khas untuk kanak-kanak bermain
        Kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai semenjak kapal siap baik pulih dari limbungan. Menggapai kecemerlangan dalam work up dengan memperolehi keputusan 7.5 iaitu lulus dengan baik dan ia sesuatu yang belum pernah dicapai oleh mana-mana kapal. Kejayaan dalam memenangi Piala Zain, Piala Perth dan Piala Commodore membuktikan warga kapal sentiasa bergerak aktif di dalam bidang sukan. Selain itu, kapal baru sahaja selesai dipersijilkan dengan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S dengan keputusannya lulus. Pengorbanan masa dan tenaga bagi warga 1MAHAWANGSA yang bertungkus-lumus dengan disiplin yang tinggi menjadi resepi kejayaan kapal.

Acara sukaneka untuk kanak-kanak


Majlis sambutan hari lahir bulan Nov & Dis 11
           Aktiviti Hari Keluarga dilakukan sepenuhnya di Geladak Kereta Kebal dan acara bermula setelah kapal selesai bersauh di perairan Pulau Pangkor pada jam 1030H. Acara dimulakan dengan penyampaian Anugerah Bintara dan Laskar Terbaik bagi bulan Disember 2011. Seterusnya penyampaian Sijil 5S kepada Wisma Perwira serta Wisma Bintara dan penyampaian Sijil Kehadiran Kursus-kursus 5S yang dianjurkan oleh pihak konsultan kepada Ketua-ketua Kumpulan 5S.
Kehadiran ahli keluarga mencecah seramai 511 orang
Sambutan hari lahir bagi anggota kapal yang lahir pada bulan November dan Disember 2011 turut diadakan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti pengagihan beg sekolah kepada kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun, acara sukaneka untuk kanak-kanak, isteri dan juga suami. Acara selingan seperti cabutan bertuah dan nyanyian karaoke turut diadakan. Hadiah-hadiah dan saguhati yang disediakan untuk pemenang amat lumayan seperti hamper, barangan dapur dan pelbagai lagi.

Keriangan bersama ahli keluarga


Kehadiran badut sebagai penyeri majlis
Sambutan Hari Keluarga selesai pada jam 1430H dan seterusnya kapal membongkar sauh serta merapat di Pangkalan TLDM Lumut. Syukur Alhamdulillah sepanjang majlis diadakan tiada sebarang kecederaan yang terjadi kepada warga kapal dan keluarga. Bagi pihak kapal, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua AJK Hari Keluarga yang terlibat di mana ianya diketuai oleh Timbalan Pegawai Jurutera Elektrik dan Senjata Lt Norazlan Shah bin Ismail TLDM di atas persediaan sambutan Hari Keluarga. Kepada ahli keluarga 1MAHAWANGSA jutaan terima kasih juga diucapkan di atas kesudian menceriakan Hari Keluarga KD MAHAWANGSA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...