Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, January 25, 2012

Audit Pemantauan ISO/OHSAS


Hari ini kapal telah menjalani Audit Pemantauan ISO/OHSAS yang dijadualkan setahun sekali. Majlis bermula pada jam 0845H dengan ketibaan Pegawai Memerintah bersama-sama dengan Ketua Juruaudit iaitu En. Sutesh Karat serta wakil-wakil dari AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd.


Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Memerintah serta pembentangan taklimat audit oleh Pegawai Laksana merangap Ketua Tim Penyelaras ISO/OHSAS.  Selesai taklimat Tim Juruaudit dibawa melawat keseluruhan kapal untuk melihat Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) yang diamalkan oleh warga kapal, di mana ianya diimplimentasikan berdasarkan aspek-aspek keselamatan serta mematuhi prosedur yang ditetapkan di setiap tempat kerja warga kapal.


Audit dokumentasi pada hari ini adalah untuk melihat segala dokumen-dokumen dari KD MAHAWANGSA sahaja dan ianya telah dilakukan selesai sahaja jamuan ringan serta taklimat blog kapal kepada Tim Juruaudit. Semua prosedur, manual, dokumen dan pelbagai lagi diperiksa untuk menentukan kapal sentiasa mematuhi SPB yang diamalkan.


Latihan Emergency Response Plan (ERP) iaitu latihan kebakaran di Rumah Masak telah dilakukan sebaik sahaja warga kapal dan Tim Juruaudit makan tengahari. ERP yang bertujuan untuk melihat kecekapan , kepantasan, kebolehan berfikir dan sebagainya anggota-anggota Awasan Bertugas kapal dalam mengendalikan situasi kecemasan yang berlaku di kapal.




Audit Pemantauan pada hari ini selesai pada jam 1600H dan akan disambung pada keesokkan harinya untuk melihat ke semua dokumen-dokumen dari KD SRI INDERA SAKTI. Adalah menjadi harapan Skuadron 31 MPCSS agar Audit Pemantauan ini berjalan lancar dan lulus serta dikekalkan untuk tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...