Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, January 29, 2012

Arsenal Tewas Di Tangan Armada



LUMUT – Sahutan cabaran dari Arsenal Football Club Supporters Malaysia (AFCSM) terhadap KD MAHAWANGSA untuk melakukan perlawanan persahabatan bola sepak disambut oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA merangkap Pegawai Kanan Armada (PKA) Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM.



Untuk merealisasikan perlawanan ini PKA telah mengarahkan Pasukan Bola Sepak Armada untuk menyahut cabaran ini. Pasukan bola sepak ini adalah pasukan yang akan bertanding di dalam Kejohanan Mini Olimpik (KMO) yang dijadualkan pada bulan Mac 2012. Perlawanan persahabatan ini dilihat sebagai pendedahan awal untuk menimba pengalaman, mengukuhkan strategi dan teknik dalam menghadapi KMO nanti. 




Perlawanan yang telah berlangsung di Stadium Pangkalan TLDM Lumut pada 28 Jan 12 pada jam 1720H berkesudahan dengan kemenangan besar pasukan Armada terhadap AFCSM sebanyak 5-0. 

Armada mendahului perlawanan menerusi pemain dari KD HANG TUAH LK I PAP Musliza pada minit ke-19 dan menjadikan perlawanan dengan kedudukan 1-0. Pasukan AFCSM dilihat berpeluang untuk menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma setelah pemain AFCSM dijatuhkan di luar kotak penalti, malangnya sepakan tersebut tersasar melewati palang gol. Kedudukan ini kekal sehingga berakhirnya separuh masa pertama. Perlawanan ini diubah sedikit undang-undangnya di mana 35 minit diperuntukkan pada setiap babak disebabkan kesuntukkan masa yang dihadapi.

Babak kedua perlawanan dilihat pasukan Armada banyak menguasai perlawanan. Pada minit ke-39 satu lagi jaringan berjaya dilakukan oleh pasukan Armada hasil rembatan kencang LK I KOM Farhan dari KD KELANTAN. Sedikit sebanyak jaringan kedua ini berjaya mengucar-kacirkan pasukan pelawat sehingga satu lagi jaringan berjaya diperolehi oleh LK I KOM Farhan pada minit ke-50.

Berselang 3 minit, LK I BDI Safarin dari KD JERAI berjaya menyumbat satu gol menjadikan kedudukan 4-0. Pasukan pelawat juga dilihat cuba bangkit untuk menjaringkan gol, tapi malangnya kebanyakan sepakan berjaya ditepis oleh penjaga gol dan ada kalanya yang tersasar jauh.

Seminit sebelum berakhirnya perlawanan, LK I KOM Farhan telah melakukan hatrik hasil rembatan kaki kanan yang menyaksikan kemenangan besar Armada. Kemenangan ini dilihat pasukan bola sepak Armada telah bersiap sedia untuk menghadapi KMO dan mampu mengutip emas bagi pasukan Armada TLDM.

Sebelum kedua-dua pasukan bersurai, penukaran cenderamata telah dilakukan di antara Pengurus Pasukan AFCSM Shahanaz Fitri dengan PKA. Perlawanan yang dilihat fair play ini mendapat pujian PKA kerana berjaya menunjukkan perlawanan yang sengit serta sikap tidak mudah mengalah di antara kedua-dua pasukan. Adalah harapan PKA terhadap pasukan bola sepak hasil pimpinan Lt Dya Fakhrullah TLDM dari KD LEKIU ini menunjukkan hasil permainan sebegini ketika KMO nanti.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...