Subscribe:

adds 468 x 60

Wednesday, January 18, 2012

Armada Yang Unggul Dukung Visi & Misi TLDM

Artikel: navy.mil.my



Lumut, 13 Jan – Bertempat di Auditorium M. Sidek Shabuddin, KD PELANDOK, warga Formasi Markas Armada telah berkumpul bagi mendengar Perutusan Tahun Baru 2012 oleh Panglima Armada.


Dalam perutusannya, Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Haji Osman telah merangkum dan memanjangkan Perutusan Tahun Baru 2012 Panglima Tentera Laut yang telah disampaikan kepada warga navy people sebelum ini, kepada warga navy people di bawah Formasi Markas Armada.



Antara lain dalam perutusannya Panglima Armada berkata, ’ Armada Yang Unggul, visi baru Markas Armada, merupakan satu inisiatif untuk melonjakkan Armada  TLDM ke satu tahap yang lebih tinggi yang akan mendorong TLDM agar sentiasa bersedia melaksanakan tugas menjaga perairan maritim negara pada sebilang masa sejajar dengan Misi Markas Armada iaitu ‘Mempertahankan Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Malaysia’.

Beliau berkata, ’segala perancangan akan lebih memfokus ke arah peningkatan sumber manusia seperti anggota-anggota Pasukan Selam TLDM dan Pasukan Khas Laut (PASKAL) serta menentukan aset-aset seperti kapal di semua Markas Wilayah dan pesawat yang dimiliki sentiasa di tahap kesediaan yang terbaik bagi mendokong Visi dan Misi TLDM.’


Mengakhiri perutusannya, Panglima Armada melahirkan pengharapan agar warga TLDM akan sentiasa bersemangat waja, berbangga menjadi warga TLDM serta meningkatkan keazaman ke arah menjadikan TLDM cemerlang, gemilang dan terbilang pada tahun 2012.

Terdahulu sebelum itu, Panglima Armada telah mengambil tabik hormat dalam Perbarisan Panglima Armada oleh warga Formasi Markas Armada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...