Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, January 02, 2012

12 Pegawai Formasi Markas Armada Dinaikkan Pangkat

Sumber: navy.mil.my






Pada 12 Oktober 2011 bertempat di Auditorium Venus, KDSI I telah berlangsung majlis pemakaian pangkat 12 orang pegawai bagi Formasi Markas Armada. Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Haji Osman dengan kehadiran pasangan pegawai yang dinaikkan pangkat, pegawai-pegawai dan anggota dari Formasi Markas Armada.


Majlis penuh bersejarah ini telah menyaksikan seramai tiga orang pegawai dinaikkan pangkat dari Leftenan Komander ke Pemangku Komander dan sembilan orang dari pangkat Leftenan ke Leftenan Komander .Tiga orang Leftenan Komander yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Komander ialah:


a.       Lt Kdr Mohd Hizan bin Mohd Yusoff TLDM N/402627.
b.       Lt Kdr Erman Shahril bin Adlan TLDM N/402679.
c.       Lt Kdr Hazlan bin Hazumi TLDM N/402679.

Sementara sembilan Leftenan TLDM yang dinaikkan ke pangkat Leftenan Komander ialah:

a.         Lt Zaidi bin Husain TLDM N/403207.
b.         Lt Dzulkarnain bin Ismail TLDM N/403428.
c.         Lt Mohd Shafiz bin Mohd Mohd Azizan TLDM N/403473.
d.         Lt Syed Muhammad Shafiq bin Syed Husin TLDM N/403619.
e.         Lt Mohd Hazamri bin Hassan TLDM N/403698.
f.          Lt Mohammad Fuad bin Samain TLDM N/403642.
g.         Lt Raja Abdul Ghani bin Raja Abdullah TLDM N/403673.
h.         Lt  Muhammad Faliq Anwar bin Muhammad Fauzi TLDM N/403691.
i.          Lt Mohd Firdaus bin Arbaain TLDM N/403776.

Panglima Armada dalam ucapan beliau sempena majlis ini, mengucapkan setinggi tahniah kepada pegawai-pegawai yang telah dipakaikan pangkat . Beliau juga berharap agar pertambahan rezeki beserta pangkat yang diterima akan turut menambah dan meningkatkan lagi dedikasi dan iltizam para pegawai dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Tidak dilupakan beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para isteri pegawai yang dinaikkan pangkat yang sentiasa setia menyokong kerjaya pasangan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...