Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, January 29, 2012

Arsenal Tewas Di Tangan Armada



LUMUT – Sahutan cabaran dari Arsenal Football Club Supporters Malaysia (AFCSM) terhadap KD MAHAWANGSA untuk melakukan perlawanan persahabatan bola sepak disambut oleh Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA merangkap Pegawai Kanan Armada (PKA) Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM.



Untuk merealisasikan perlawanan ini PKA telah mengarahkan Pasukan Bola Sepak Armada untuk menyahut cabaran ini. Pasukan bola sepak ini adalah pasukan yang akan bertanding di dalam Kejohanan Mini Olimpik (KMO) yang dijadualkan pada bulan Mac 2012. Perlawanan persahabatan ini dilihat sebagai pendedahan awal untuk menimba pengalaman, mengukuhkan strategi dan teknik dalam menghadapi KMO nanti. 




Perlawanan yang telah berlangsung di Stadium Pangkalan TLDM Lumut pada 28 Jan 12 pada jam 1720H berkesudahan dengan kemenangan besar pasukan Armada terhadap AFCSM sebanyak 5-0. 

Armada mendahului perlawanan menerusi pemain dari KD HANG TUAH LK I PAP Musliza pada minit ke-19 dan menjadikan perlawanan dengan kedudukan 1-0. Pasukan AFCSM dilihat berpeluang untuk menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma setelah pemain AFCSM dijatuhkan di luar kotak penalti, malangnya sepakan tersebut tersasar melewati palang gol. Kedudukan ini kekal sehingga berakhirnya separuh masa pertama. Perlawanan ini diubah sedikit undang-undangnya di mana 35 minit diperuntukkan pada setiap babak disebabkan kesuntukkan masa yang dihadapi.

Babak kedua perlawanan dilihat pasukan Armada banyak menguasai perlawanan. Pada minit ke-39 satu lagi jaringan berjaya dilakukan oleh pasukan Armada hasil rembatan kencang LK I KOM Farhan dari KD KELANTAN. Sedikit sebanyak jaringan kedua ini berjaya mengucar-kacirkan pasukan pelawat sehingga satu lagi jaringan berjaya diperolehi oleh LK I KOM Farhan pada minit ke-50.

Berselang 3 minit, LK I BDI Safarin dari KD JERAI berjaya menyumbat satu gol menjadikan kedudukan 4-0. Pasukan pelawat juga dilihat cuba bangkit untuk menjaringkan gol, tapi malangnya kebanyakan sepakan berjaya ditepis oleh penjaga gol dan ada kalanya yang tersasar jauh.

Seminit sebelum berakhirnya perlawanan, LK I KOM Farhan telah melakukan hatrik hasil rembatan kaki kanan yang menyaksikan kemenangan besar Armada. Kemenangan ini dilihat pasukan bola sepak Armada telah bersiap sedia untuk menghadapi KMO dan mampu mengutip emas bagi pasukan Armada TLDM.

Sebelum kedua-dua pasukan bersurai, penukaran cenderamata telah dilakukan di antara Pengurus Pasukan AFCSM Shahanaz Fitri dengan PKA. Perlawanan yang dilihat fair play ini mendapat pujian PKA kerana berjaya menunjukkan perlawanan yang sengit serta sikap tidak mudah mengalah di antara kedua-dua pasukan. Adalah harapan PKA terhadap pasukan bola sepak hasil pimpinan Lt Dya Fakhrullah TLDM dari KD LEKIU ini menunjukkan hasil permainan sebegini ketika KMO nanti.

Lawatan Oleh AFCSM


28 Jan 12 - KD MAHAWANGSA telah menerima kunjungan daripada Arsenal Footbal Club Supporters Malaysia (AFCSM) pada jam 1000H. Lawatan seramai 30 orang ini diketuai oleh En. Shahanaz Fitri bin Mohd Shah. Kelab ini merupakan penyokong kuat Pasukan Bola Sepak Arsenal yang kebanyakkanya datang dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Tujuan lawatan ke Pangkalan TLDM Lumut adalah untuk melihat suasana bekerja warga Navy People sekaligus untuk mengetahui serba sedikit peranan dan tanggungjawab TLDM dalam menjaga kedaulatan perairan negara.


Kunjungan AFCSM ke KD MAHAWANGSA disambut mesra oleh Pegawai Bertugas harian Lt Safwan TLDM beserta dengan anggota-anggota Awasan Bertugas. Taklimat keselamatan dan info kapal telah disamapaikan oleh Pembantu Pegawai Bertugas Harian Lt Dya Hafizi TLDM. Beberapa maklumat menarik juga turut dikongsi bersama seperti kejayaan kapal dalam menyelamatkan MT Nautica JB sehingga mengharumkan nama TLDM amnya dan Malaysia khususnya, Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang baru disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC dan beberapa kejayaan lagi.


Selesai taklimat pelawat telah dibawa melihat persekitaran kapal oleh anggota-anggota Awasan Bertugas yang meliputi geladak atas dan bawah. Pelawat ditunjukkan dengan hasil dan kaizen 5S yang membawa perubahan kapal ke arah persekitaran yang lebih berkualiti, efisien dan kondusif.


Lawatan di kapal selesai pada jam 1130H dan rata-rata pelawat amat berpuas hati dengan taklimat yang diberikan sepanjang lawatan oleh anggota-anggota Awasan Bertugas. Seterusnya AFCSM akan melawat KD RAJAWALI dan beberapa tempat lain lagi sebelum melaksanakan objektif  kedua mereka iaitu perlawanan persahabatan bola sepak bersama Armada TLDM.

KD MAHAWANGSA Kapal Pertama Dianugerah Persijilan "5 S"

Sumber: mstar.com







LUMUT: Kapal KD Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri sebagai kapal pertama di negara ini yang dianugerahkan persijilan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Khamis.

Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Wira Jamil Osman berkata, walaupun kapal tersebut telah berusia 29 tahun, namun atas usaha gigih semua anak kapal, akhirnya KD Mahawangsa berjaya mendapat persijilan tersebut.

“Lebih membanggakan ia merupakan kapal pertama dalam perkhidmatan TLDM serta negara sekaligus bakal menjadi penanda aras kepada kapal-kapal lain dalam armada laut negara.

"Sikap dan budaya inovasi serta kreatif di kalangan anak kapal juga turut memberi impak berkesan dalam melahirkan angkatan laut yang profesional dan bertaraf dunia,” katanya pada Majlis Penyerahan Persijilan ‘5 S’ MPC.

Persijilan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC Mohd Razali Hussain kepada Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kapten Jamel Abdul Rahman di atas kapal tersebut di Pangkalan TLDM di sini.

Sistem amalan persekitaran berkualiti ‘5 S’ iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal akan dianugerahkan kepada mana-mana pihak yang mematuhi semua syarat ditetapkan MPC.

Sementara itu, Mohd Razali berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 611 organisasi telah dianugerahkan persijilan ‘5 S’.

"Dari jumlah tersebut, Sarawak mencatatkan negeri tertinggi iaitu sebanyak 113 organisasi diikuti Perak di tempat kedua iaitu 65 buah organisasi.

"Apa yang boleh dibanggakan, sebanyak 10 unit atau organisasi di bawah Kementerian Pertahanan turut berjaya menerima penganugerahan tersebut,” katanya.

Antara unit tersebut ialah pejabat Kementerian Pertahanan Malaysia di KualaLumpur, KD Mahawangsa, KD Pelandok, KD Sultan Idris dan Depoh Bekalan Armada diLumut. - BERNAMA


Friday, January 27, 2012

Pengiktirafan 5S

Artikel: Utusan Malaysia 27 Jan 2012





Kapal KD MAHAWANGSA milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri sebagai kapal pertama di negara ini yang dipersijilkan ‘5 S’ oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia atau Malaysia Productivity Corporation (MPC) di Lumut, Perak, semalam.
  
Ketua Pengarah MPC, Mohd. Razali Hussain (kanan) menyerahkan sijil pengiktirafan Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti ‘5S’ kepada Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kapten Jamel Abdul Rahman (kiri) sambil diperhatikan oleh Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Wira Jamil Osman (tengah) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, semalam. - BERNAMA

KD MAHAWANGSA Kapal Pertama Terima Sijil 5S

Artikel: Sinar Harian 27 Jan 2012



LUMUT- KD Mahawangsa mencatat sejarah apabila menjadi kapal pertama mendapat pengiktirafan cemerlang dalam audit sistem amalan persekitaran berkualiti 5 S. 

Panglima Armada , Laksaman Madya Datuk Wira Jamil bin Osman berkata, pengiktirafan itu menjadi penanda aras kepada kapal-kapal lain di armada TLDM.

Menurutnya, budaya amalan 5 S itu dilihat dapat mempengaruhi sistem budaya kerja dan tadbir urus yang efektif serta berbaloi.

“Ia sedikit sebanyak membantu dalam mempercepatkan tugas dan mewujudkan suasana kerja yang lebih sistematik serta professional.

“Saya turut difahamkan warga 1 Mahawangsa begitu komited dalam menjalani audit bagi mencapai kecemerlangan yang dilihat pada hari ini,” demikian ucapannya semasa majlis penganugerahan sijil 5 S di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Mohd Razali Hussain; Panglima Sistem Armada Laksaman Muda Datuk Khairuddin Khalid dan Pegawai Kanan Armada Kepten Jamel bin Abd Rahman.

Jamil berkata, perkara itu sedikit sebanyak mencungkil bakat serta kelebihan yang wujud dalam diri seiap anggota TLDM dalam mencetuskan idea bernas.

“Ini adalah produk atau hasil yang kita cari selama ini serta untuk melengkapkan kepada program-program lain yang kita jalankan dahulu,

“ Dapat kita lihat pada hari ini satu transformasi kapal daripada yang sebelum kepada selepas dan berharap ia menjadi penanda aras bukan sahaja kepada kapal-kapal TLDM tetapi kepada semua unit,” katanya.

Sementara itu, Jamel berkata, kapal itu bukan sahaja mendapat pengiktirafan 5S tapi turut memperoleh persijilan ISO.

“Bagi pengiktirafan 5S, kami mengambil masa tiga bulan tetapi inisiatif awal sudah dimulakan sejak setahun setengah yang lalu.

“Sebelum ini say bertugas di KD PELANDOK iaitu pusat latihan TLDM dan KD PELANDOK adalah unit pertama yang dipersijilkan dengan 5S,” katanya.

Katanya, pengalaman mendapatkan sijil 5S yang lalu adalah satu perkara baik bagi meningkatkan kesiapsiagaan kapal selain meningkatkan moral dan motivasi anggotanya.

Sebelum itu, dalam majlis yang sama telah diadakan majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah yang menggabungkan lima unit di bawah naungan markas Armada.

KD MAHAWANGSA Terima Pengiktirafan 5S

Artikel: Berita Haian 27 Jan 2012




KD MAHAWANGSA Awarded 5S Certification

Sumber: bernama.com



LUMUT, Jan 26 (Bernama) -- The Royal Malaysian Navy's (RMN) KD Mahawangsa made history today as the first ship in the country to be awarded 5S certification by the Malaysian Productivity Corporation (MPC).

RMN's Fleet Operations Commander Vice-Admiral Datuk Wira Jamil Osman said hard work from crewmembers finally paid off despite the vessel having been in service for 29 years.

"We are also proud that it's not only the first ship in the navy but also the country to achieve this feat and doing so set a benchmark for other Malaysian ships.

"The innovative and creative attitude and culture among our crewmembers has also made a big impact in producing a world-class professional sea force," he said during the MPC 5S Certificate presentation ceremony here Thursday.

The certificate was presented by MPC Director-General Mohd Razali Hussain to KD Mahawangsa commanding officer, Capt Jamel Abdul Rahman, on the ship at the RMN Base here.

-- BERNAMA

Thursday, January 26, 2012

Hari Kedua Audit Pemantauan ISO/OHSAS


Hari ini Audit Pemantauan ISO/OHSAS Skuadron Ke-31 MPCSS telah bersambung di Wisma Perwira KD MAHAWANGSA dan hari ini giliran Wakil Pengurusan ISO/OHSAS KD SRI INDERA SAKTI untuk membentangkan prosedur-prosedur serta dokumen-dokumen untuk diaudit.


Proses audit dokumentasi bermula pada jam 0830H dan berakhir pada jam 1330H. Seterusnya Wakil Pengurusan ISO/OHSAS KD MAHAWANGSA dan KD SRI INDERA SAKTI menjamu selera makan tengahari sementara menunggu pembentangan keputusan audit yang dijadualkan pada jam 1500H.


Pembentangan keputusan audit telah dilakukan oleh En Abd Haqeem iaitu pembantu kepada Ketua Tim Juruaudit. Keputusan audit adalah Skuadron Ke-31 MPCSS telah lulus Audit Pemantauan ISO/OHSAS dan dikekalkan persijilan dengan keputusannya 6 minor NCR ISO dan OHSAS.

Majlis Serah Menyerah Tugas Pegawai Memerintah & Penyerahan Sijil Amalan 5S KD MAHAWANGSA


Ketua Pengarah MPC menandatangani Buku Pelawat
Selepas kejayaan kapal menjadi hos Gin Pennant Wisma Samudera Berkibar Di KD MAHAWANGSA pada 18 Jan 2012. Sekali lagi pada 26 Jan 2012,  kapal telah diberi kepercayaan untuk menjadi hos dalam Majlis Serah Menyerah Tugas Pegawai-Pegawai Memerintah unit-unit kapal dan pangkalan.

Barisan tetamu yang hadir
Pada hari ini juga Majlis Penyerahan Sijil 5S oleh Ketua Pengarah Malaysia Productivity Corporation (MPC) Tn Hj Mohd Razali Hussain juga turut diadakan selepas kapal berjaya di dalam Audit Persijilan 5S pada 27 Dis 2011 yang lalu.

Majlis hari ini bermula dengan ketibaan Panglima Armada Laksamana Madya Dato' Wira Jamil bin Hj Osman dan tetamu-tetamu VIP lain di kapal seperti Panglima Sistem Laksamana Muda Datok Hj Khairudin bin Khalid dan Ketua Pengarah MPC pada jam 0830H. Seterusnya tetamu dibawa ke Geladak Kereta Kebal melalui elevator yang berada di Geladak Kenderaan.

Serah menyerah tugas Pegawai Memerintah SKUADRON 502
Majlis Serah Menyerah Tugas Pegawai Memerintah bermula dengan penyerahan tugas Pegawai Memerintah KD PANGLIMA HITAM serta perlantikan Komander PASKAL diikuti serah tugas Pegawai Memerintah SKADRON 501, SKUADRON 502, KD LEKIR dan KD HANG TUAH.

Bil
Unit
Pegawai Memerintah (Lama)
Pegawai Memerintah (Baru)
1.
KD PANGLIMA HITAM
Kepten Jamalludin bin Mohd Saman TLDM
Kdr Hj Mohd Redzuan bin Hj Talib TLDM
2.
SKUADRON 501
Kdr Ajazi bin Jamaluddin TLDM
Kdr Sazalee bin Shoib TLDM
3.
SKUADRON 502
Kdr Mohd Mokhtaruddeen bin Mohd Mokhtar TLDM
Kdr Ajazi bin Jamaluddin TLDM
4.
KD LEKIR
Kdr Mohamad Shaifudin bin Hassan TLDM
Kdr Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar TLDM
5.
KD HANG TUAH
Lt Kdr Shahris Faisal bin Abdullah TLDM
P/ Kdr Shahril Amir bin Mohd Mokhtar TLDM


Panglima Armada menyemat lencana pemerintahan
di dada Pegawai Memerintah KD HANG TUAH
Selesai sahaja Majlis Serah Menyerah Tugas Pegawai Memerintah, majlis diteruskan dengan Majlis Penyerahan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S kepada KD MAHAWANGSA oleh Ketua Pengarah MPC. Di dalam ucapan Ketua Pengarah MPC beliau berasa amat teruja kerana ini kali pertama setelah berkhidmat hampir 30 tahun melakukan persijilan di kapal perang milik TLDM. Kejayaan yang dicapai ini telah melakar sejarah baru bukan sahaja di Malaysia bahkan juga dunia.

Penyerahan Sijil Amalan 5S oleh Ketua Pengarah MPC
Kejayaan yang dicapai ini boleh diikuti oleh kapal-kapal TLDM yang lain di mana Amalan 5S ini telah terbukti berkesan di dalam meningkatkan kualiti kerja, mewujudkan sikap pekerja yang lebih bertanggungjawab dan lain-lain di dalam sesebuah unit.

Ucapan oleh Ketua Pengarah MPC
Sebelum berakhir majlis Panglima Armada berkesempatan untuk menyampaikan cenderahati kepada Ketua PengarahMPC atas kesudiannya untuk hadir pada hari ini. Selesai kedua-dua majlis, para hadirin dijemput untuk menjamah jamuan ringan yang telah disediakan.

Penyampaian cenderahati oleh Panglima Armada
Seterusnya sesi sidang media telah diadakan di mana media cetak dan elektronik berpeluang menemuramah Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dan Ketua Pengarah MPC di atas pencapaian cemerlang KD MAHAWANGSA dipersijilkan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.

Sidang media

Wednesday, January 25, 2012

Audit Pemantauan ISO/OHSAS


Hari ini kapal telah menjalani Audit Pemantauan ISO/OHSAS yang dijadualkan setahun sekali. Majlis bermula pada jam 0845H dengan ketibaan Pegawai Memerintah bersama-sama dengan Ketua Juruaudit iaitu En. Sutesh Karat serta wakil-wakil dari AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd.


Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Memerintah serta pembentangan taklimat audit oleh Pegawai Laksana merangap Ketua Tim Penyelaras ISO/OHSAS.  Selesai taklimat Tim Juruaudit dibawa melawat keseluruhan kapal untuk melihat Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) yang diamalkan oleh warga kapal, di mana ianya diimplimentasikan berdasarkan aspek-aspek keselamatan serta mematuhi prosedur yang ditetapkan di setiap tempat kerja warga kapal.


Audit dokumentasi pada hari ini adalah untuk melihat segala dokumen-dokumen dari KD MAHAWANGSA sahaja dan ianya telah dilakukan selesai sahaja jamuan ringan serta taklimat blog kapal kepada Tim Juruaudit. Semua prosedur, manual, dokumen dan pelbagai lagi diperiksa untuk menentukan kapal sentiasa mematuhi SPB yang diamalkan.


Latihan Emergency Response Plan (ERP) iaitu latihan kebakaran di Rumah Masak telah dilakukan sebaik sahaja warga kapal dan Tim Juruaudit makan tengahari. ERP yang bertujuan untuk melihat kecekapan , kepantasan, kebolehan berfikir dan sebagainya anggota-anggota Awasan Bertugas kapal dalam mengendalikan situasi kecemasan yang berlaku di kapal.




Audit Pemantauan pada hari ini selesai pada jam 1600H dan akan disambung pada keesokkan harinya untuk melihat ke semua dokumen-dokumen dari KD SRI INDERA SAKTI. Adalah menjadi harapan Skuadron 31 MPCSS agar Audit Pemantauan ini berjalan lancar dan lulus serta dikekalkan untuk tahun hadapan.

Tuesday, January 24, 2012

ISO/OHSAS: Persediaan Terakhir


Sekali lagi pengorbanan dilakukan oleh warga kapal pada 24 Jan 2012, di mana Wakil Pengurusan ISO/OHSAS sanggup berkorban cuti am mereka sempena Tahun Baru Cina dengan datang ke kapal untuk menyelesaikan beberapa perkara terakhir sebelum Audit Pemantauan ISO/OHSAS pada esok hari.


Mesyuarat bermula pada jam 1400H di Wisma Perwira KD MAHAWANGSA dengan kedatangan Wakil Pengurusan ISO/OHSAS dari KD MAHAWANGSA dan KD SRI INDERASAKTI. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Laksana KD MAHAWANGSA Kdr Nazree TLDM, tujuan utama adalah untuk mengetahui ke semua pemilik SPB, dokumentasi dan perkara-perkara yang berkaitan diselia dengan sempurna serta.


Boleh dikatakan kedua-dua Wakil Pengurusan telah bersedia untuk diaudit pada esok hari. Di mana kesemua dokumen-dokumen, prosedur dan sebagainya telah lengkap untuk diaudit. Mesyuarat selesai pada jam 1530H.


ISO/OHSAS: Penandaan Lokasi & Tanda Amaran


Sejajar dengan kapal melaksanakan Sistem Pengurusan Bersepadu ISO/OHSAS, pihak kapal turut menekankan aspek-aspek keselamatan bagi mendedahkan anak-anak kapal akan bahaya yang timbul jika terjadinya kemalangan atas kelalaian dan cuai di kalangan warga kapal.

Bagi mengelakkan sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku, Tim Pengurusan ISO/OHSAS telah mengambil inisiatif untuk meletakkan penandaan lokasi dan tanda amaran bagi memudahkan warga kapal mengetahui aspek bahaya yang timbul.

Di bawah ini dipamerkan sebahagian tanda-tanda amaran yang ada di KD MAHAWANGSA:















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...