Subscribe:

adds 468 x 60

Monday, December 26, 2011

Warga MAHAWANGSA Tetap Bersemangat

Berbekalkan moto 'Sedia Berkorban', warga kapal telah datang bekerja pada cuti umum serta merangkap cuti am sempena Hari Krismas. Ini adalah sebahagian dari persediaan untuk menghadapi audit yang dijadualkan pada 27 Dis 11.

Hari ini pemilik proses bagi zon masing-masing telah melakukan persiapan akhir di bahagian yang telah ditugaskan seperti mengecat, mengemas dan lain-lain.


Di samping itu juga kunjungan konsultan yang dilantik iaitu Pn. Jue Azwa untuk melihat proses dokumentasi akhir dan persiapan menjelang audit telah membangkitkan semangat warga kapal kerana ada juga orang luar yang sudi hadir ketika orang lain sedang berehat di rumah.

Beberapa aktiviti telah dijalankan pada hari ini seperti perjumpaan Tim Pengurusan 5S bersama Pegawai Memerintah dan juga Pn. Jue.



Perjumpaan bersama ahli-ahli kumpulan turut dilakukan untuk mengetahui sebarang permasalahan yang timbul serta cara mengatasinya.

Sebelum warga kapal bersurai pada petangnya, satu siri lawatan konsultan bersama-sama Pegawai Memerintah dan Tim Pengurusan 5S telah dilakukan. Hasil dari lawatan ini adalah kebanyakkan zon dan bahagian masing-masing telah menunjukkan hasil yang memuaskan.


Sebanyak 3 zon telah mencapai keputusan yang cemerlang dan memberangsangkan. Zon-zon tersebut adalah Pejabat DCHQ, Stor OSL dan Pusat Komunikasi. Keputusan ini telah membangkitkan semangat anak-anak kapal untuk lebih maju di dalam mengaplikasikan 5S di zon masing-masing.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...