Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, December 01, 2011

TLDM Sambut Kepulangan Wira Negara

artikel: navy.mil.my

Lumut, 5 Nov -  Kepulangan kapal-kapal TLDM dari Eksesais BERSAMA LIMA 2011 hari ini disambut dengan meriah oleh warga TLDM yang merasa amat bangga di atas kejayaan mereka. Latihan multilateral tahunan Five Power Defence Arrangement (FPDA) kali ini telah mencipta sejarah apabila kapal yang sepatutnya dalam latihan telah berhadapan dengan situasi sebenar yang memerlukan koordinasi tindakan yang tepat dan pantas. Tiga daripada 5 buah kapal TLDM yang sedang mengikuti siri latihan ini, telah dikeluarkan daripada status latihan dalam Eksesais BERSAMA LIMA 2011 serta merta, bagi membantu pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam misi menyelamatkan MT NAUTICA JOHOR BAHRU yang dirampas lanun dalam insiden yang bermula pada 27 Oktober lalu.


Kebijaksanaan dan kecekapan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM yang telah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Operasi bagi misi yang melibatkan 3 kapal dan 2 pesawat TLDM ini telah menyumbang kepada kejayaan menyelamatkan anak kapal seramai 19 orang dan aset dagangan bernilai jutaan ringgit. Kapal dan pesawat yang terlibat secara langsung dalam misi ini ialah:

a. KD JEBAT – Pegawai Memerintah: Komander Shamsuddin Bin Haji Ludin TLDM.

b. KD LEKIU – Pegawai Memerintah : Komander Yusne bin Mokhtar TLDM.

c. KD KELANTAN – Pegawai Memerintah : Komander Mohamad  Syakir  bin Salleh TLDM.

d. 2 Buah Pesawat Super Lynx yang diterbangkan oleh Leftenan Komander Syam Bin Saimon TLDM dan Leftenan Komander Fairul bin Mohd Syukor TLDM.
Dalam kejadian pada 29 Okt yang lepas, KD MAHAWANGSA telah bertindak selaku Ketua Operasi dalam mengkoordinasikan pergerakan kapal-kapal yang terlibat. Sebaik sahaja menerima arahan, tiga buah kapal perang TLDM, KD LEKIU, KD JEBAT dan KD KELANTAN telah diarahkan untuk mengejar buru MT NAUTICA JOHOR BAHRU yang telah dirampas perompak laut dan dipandu menuju ke perairan Indonesia. Kapal TLDM dengan kelulusan dari pihak Indonesia, telah berjaya membayangi kapal sehingga ke Perairan Wilayah Indonesia. Akibat dari tekanan yag berterusan, perompak telah bertindak meninggalkan kapal dengan menaiki bot laju. Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kecekapan TLDM dalam melaksanakan operasi secara serta merta, malah ia juga membuktikan keakraban kedua-dua buah negara Malaysia dan Indonesia dalam mengekalkan keamanan serantau.


Majlis sambutan pada pagi ini telah dihadiri oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Wira Jamil bin Haji Osman, Panglima Bantuan; Laksamana Muda Dato’ Abdul Ghani bin Othman dan warga TLDM serta keluarga krew kapal-kapal yang diraikan. Turut sama menghadiri ialah Pemilik Kapal MT NAUTICA JOHOR BAHRU, Dato’ Ir. Abdul Hak bin Md Amin.

Majlis sambutan  pada pagi ini menjadi bukti pihak TLDM tidak pernah melupakan jasa setiap anggotanya kepada perkhidmatan. Setiap sumbangan anggota akan diberi penghargaan sewajarnya dalam menjadi satu organisasi yang cemerlang di mata dunia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...