Subscribe:

adds 468 x 60

Thursday, December 01, 2011

TLDM JUARA PERTH CUP : EKS BERSAMA LIMA 2011


Piala idaman 5 negara
Changi Naval Base – Singapura 20 Okt.     Buat julung kalinya TLDM menjuarai Perth Cup semenjak mula dipertandingkan pada 1963. Kali terakhir piala ini digenggam Malaysia pada 1972. Perth Cup merupakan piala pusingan juara keseluruhan sukan dalam Eks Bersama LIMA (16 Okt – 4 Nov) melibatkan 5 negara (Five Power Defence Arrangement - FPDA). Piala disampaikan oleh Panglima Armada Singapore Navy (RSN) Rear Admiral Lai Chung Han.

Perlawanan tarik tali

Tiada yang mustahil untuk menggapai angan dan pencapaian ini membuktikannya. Meskipun kerdil dari segi fizikal, namun setiap cabaran ditransformasi sebagai peluang terbuka, menjadikan fleet crew berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan warga world class navy. Yang nyata komitmen, keceriaan dan kerjasama pimpinan,  pengurusan, atlit dan para penyokong merupakan sebahagian resepi kejayaan.


Malaysia vs Australia
Di akhir program Perth Cup, PKK dari KD MAHAWANGSA menyajikan persembahan kebudayaan (seni silat dan tarian) bertenaga dan mendapat tepukan gemuruh. Acara disudahi dengan majlis Banyan sambil beramah mesra di kalangan peserta – peserta Eks Bersama LIMA 2011. Malaysia dan ATM seharusnya tumpang berbangga dengan komitmen warga Armada mengharumkan nama Malaysia dipersada antarabangsa. Diharap semangat dan kejayaan ini menjadi pemangkin mencatur strategi untuk mengekalkan kejuaraan tatkala menjadi tuan rumah Eks Bersama LIMA 2012 kelak.

Persembahan Seni Silat oleh PKK
Eks Bersama LIMA 2011 di Singapura
Perth Cup bermula sejak tahun 1963
Setelah 39 tahun piala didamba
Tahun 2011, rekod dicipta ; TLDM JUARA


Aku Juara, Malaysia Juara


Keputusan Perth Cup 2011
Sukan
Australia
Britain
Malaysia
N  Zealand
Singapura
Soccer 7 a side
-
-
6
9
3
Basketball
3
-
3
3
3
Volleyball
-
-
9
3
6
Tug of War
3
-
9
3
1
Jumlah
6
-
27
18
13


Juara Perth Cup sejak 1963
Negara
Juara
Australia
5
Malaysia
2
New Zealand
21
Singapura
2
UK
1
Juara Bersama
9


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...