Subscribe:

adds 468 x 60

Sunday, December 18, 2011

Tim Armada Juara Commodore Cup 2011

Artikel: navy.mil.my


Lumut 16 Nov : Pertandingan Commodore Cup 2011telah berlangsung pada 16 Nov 11 di Royal Malaysian Navy Yatch Club (RMNYC) Lumut Perak. Sebanyak empat kumpulan mengambil bahagian iaitu Markas Armada (MA), Markas Bantuan (MB), Markas Pendidikan dan Latihan TLDM (MPL) dan Armada. Kesemua peserta terdiri daripada Pegawai Kanan TLDM dan juga Pegawai Memerintah. Tim Armada diketuai oleh Pegawai Kanan Armada Kept Jamel bin Abd Rahman TLDM (PKA), Kdr Mohd Zaidi bin Ibrahim TLDM (sebagai skipper), Kdr Azman bin Rabbani TLDM, Kdr Rozidi bin Ibrahim TLDM dan Lt Kdr Shahris Faisal bin Abdullah TLDM.  Skipperpasukan lain dalam perlumbaan ini bagi Tim Markas Armada diterajui oleh YBhg Panglima Armada Dato’ Wira Jamil bin Osman, Tim MPL oleh Kept Mohd Hatim bin Saad TLDM dan Tim Markas Bantuan (MB) oleh Kdr Rosli bin Mokri TLDM .



Pertandingan bermula pada jam 1430H selepas sesi bergambar bersama peserta. Format pertandingan yang digunakan dalam perlumbaan ini adalah round robin.  Sebanyak 3 pusingan perlumbaan harus dihadapi oleh setiap kumpulan.  Kumpulan yang mempunyai kemenangan terbanyak akan memasuki peringkat akhir.  Tim Armada telah memperolehi 2 kali kemenangan ketika pusingan perlumbaan bertanding dengan Tim MPL dan juga Tim MB. Rekod kemenangan Tim Armada sedikit tercalar apabila kalah satu kali pada Tim Markas Armada pada perlumbaan pusingan yang ke 3.

Sewaktu perlumbaan tersebut, berlaku suatu kejadian yang tak dapat dilupakan oleh semua krew bot Tim Armada di mana PKA telah terjatuh ke laut (MOB).  Syukur kehadrat Allah SWT, PKA telah selamat dinaikkan semula ke bot dan tim tidak dikenakan sebarang penalti. Kejadian ini berlaku di luar kawalan pasukan, keadaan bot pada ketika itu sememangnya laju dan senget pada kadar yang maksimum. Mujurlah kekuatan tangan yang ada pada PKA membolehkan beliau bertahan pada hand rail kemudian dibantu dan diangkat oleh krew yang lain. Kejadian tersebut tidak mengugat semangat juang ahli tim dan PKA sendiri dengan semangat yang tinggi tetap pendirian untuk meneruskan perjuangan yang seterusnya.



Berkat usaha dan komitmen yang tinggi pada perlawanan akhir menentang Tim MPL, Tim Armada berjaya membuktikan bahawa mereka bukan mudah untuk ditewaskan.  Kejayaan yang dicapai merupakan usaha semua peringkat krew bot yang terlibat di samping sokongan jitu dari PKA yang banyak memberikan kata-kata peransang dan semangat.  Kemenangan ini merupakan suatu kemenangan bergaya kerana semua ahli tim memakai pakaian seragam yang sama termasuk kumpulan sorak yang terdiri daripada Pegawai Memerintah kapal.  Kemenangan ini juga membuktikan bahawa betapa eratnya hubungan antara semua Pegawai Memerintah di Armada ketika ini.  Melalui kerjasama yang ditunjukkan, adalah tidak mustahil semua impian akan tercapai dengan kesungguhan dan usaha yang jitu.

Detik kemenangan menjulang Commodore Cup merupakan satu kejayaan yang amat bermakna bagi Tim Armada. Kemenangan ini merupakan impian bagi Armada kerana piala yang dibawa pulang merupakan piala yang ke 4 dijuarai Armada setelah berjaya memenangi Piala Zain, Piala Perth dan Piala Malzea. Commodore Cup merupakan piala pusingan untuk perlumbaan bot layar yang dianjurkan oleh RMNYC dan Piala ini disumbangkan oleh Kept Mohd Hatim bin Saad TLDM.  Idea pertandingan perahu layar bagi Pegawai Kanan TLDM telah diilhamkan oleh YBhg Panglima Armada Dato’ Wira Jamil bin Osman sendiri.

Perlumbaan tamat pada 1630H dengan kemenangan berpihak kepada Tim Armada sebagai johan dan naib johan dimenangi oleh tim MPL.  Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh tim Markas Amada dan tim Markas Bantuan. Pada sesi terakhir, ucapan penutup kejohanan dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Wira Jamil bin Osman.  Beliau amat gembira dengan aktiviti yang dianjurkan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.  Program seperti ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan antara formasi dan unit di bawah naungan. Semoga program juga berjaya membudayakan aktiviti pelayaran kepada semua lapisan Navy People, diharap sukan ini memberikan impak yang besar terhadap perkembangan sukan bot layar di dalam TLDM dan negara amnya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...