Subscribe:

adds 468 x 60

Friday, December 16, 2011

Lawatan 5S Ke Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut



Lawatan singkat ke IKM Lumut telah berlangsung pada 15 Dis 11 jam 1030H yang terdiri dari 5 orang wakil dari Tim 5S KD MAHAWANGSA iaitu Lt Kdr Dzulkarnain (AJK Latihan), P/Lt Kdr Hazril (AJK Promosi), Lt Juhaizal (Setiausaha Induk), Lt Dya Faris (Setiausaha Urusetia) dan BK PAP Che Riduan (AJK Audit). 

Perjalanan yang mengambil masa hampir 15 minit dari Pangkalan TLDM Lumut itu telah disambut oleh En. Kamaruzaman bin Osman iaitu Setiausaha 5S IKM Lumut.  Tim 5S telah dibawa melawat ke sekitar blok pentadbiran untuk melihat sendiri Amalan 5S yang telah dipraktikkan.



Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas dan berkongsi idea berkaitan pelaksanaan Amalan 5S dari segi dokumentasi dan juga kaedah-kaedah yang dipraktikkan dalam setiap sistem Amalan 5S seperti kaedah pemfailan, susun atur dan penandaan. 



Aktiviti sebegini banyak membantu dan membolehkan Tim 5S melihat sendiri dan mempelajarinya serta melakukan penambahbaikan pada Amalam 5S KD MAHAWANGSA.  Lawatan singkat ini tamat pada jam 1300H.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...